Thursday, March 25, 2010

[ tip ] TIP SEMASA BERPANTANG

Tip-tip ini saya dapat dari bidan, ibu serta kawan-kawan saya.

Tip-tipnya ialah :
  1. Sentiasa jaga ibu jari kaki supaya tidak tersepak apa-apa yang keras kerana kata bidan ibu jari kaki tu bersambung dengan urat rahim. Jika tersepak dikhuatiri akan turun darah sewaktu tempoh berpantang.
  2. Seeloknya apabila dalam tempoh berpantang, pakai kain batik kerana ikatannya akan mengecutkan rahim. Apabila memakai kain batik, pastikan ikatannya di bawah pusat, ini untuk menaikkan serta mengekalkan rahim di atas selepas bersalin.
  3. Sentiasa memakai stokin siang atau malam untuk mengelakkan angin masuk ke dalam badan.
  4. Oleh kerana menyusukan bayi, kita cenderung untuk berasa lenguh di bahagian belakang badan kerana memangku anak sedangkan pada waktu itu kita tidak berapa sihat lagi . Kita akan terfikir untuk menyapu minyak angin untuk melegakannya.Ini ternyata salah kerana ia akan mengurangkan air susu. Jadi, urut sahajalah yang boleh melegakan.
  5. Sentiasa menyapu pilis di dahi agar tidak masuk angin ke dalam badan serta elakkan sakit kepala.
  6. Pakai bengkung agar perut kembali ramping serta mengectkan rahim
  7. Berurutlah dengan bidan kerana ia akan mempercepatkan proses penyembuhan.
Itu sahaja tip dari saya, dalam post yang akan datang saya akan kongsikan tip pemakanan sewaktu berpantang.

SESIAPA YANG ADA TIP LIN, SERTA KOMEN SILA POSTKAN DI SINI YER!!!

No comments:

jom baca entri ni juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...