Banyak pantang larang terutamanya dari pemakanan kerana dari pemakanan lah yang akan menyihatkan kita serta memudaratkan kita.
Pelbagai tip yang telah diberikan ibu saya, antaranya :
- Apabila meminum air masak, minum dalam kadar yang sedikit tetapi banyak kali. Ini untuk mengelakkan perut buncit.
- Elakkan makan makanan berminyak serta berlemak kerana ia akan menyebabkan kita kembung perut dan juga bayi.
- Elakkan menambah nasi jika sudah habis. Jika mahu makan banyak, pastikan ambil letakkan banyak nasi ke dalam pinggan sebelum makan.
- Makan nasi hanya 3 kali sehari, jika masih lagi lapar kerana menyusu minum air milo serta cicah dengan biskut sahaja.
- Menu yang paling sedap dalam tempoh berpantang adalah ikan kering bakar dimakan bersama nasi panas.
- Elakkan makan jamu atau pil herba tertentu untuk mengelakkan anak terkena jaundis, sebaiknya selepas 20 hari atau 40 hari tempoh berpantang.
- Elakkan memikirkan masalah sama ada mengenai kerja atau masalah lain. Untuk elakkan bentan.
JIKA ANDA ADA SEBARANG KOMEN, SILA POSTKAN DI SINI YER!!!
No comments:
Post a Comment