Bagi ibu yang bekerja, selepas habis tempoh berpantang selama 2 bulan kita dengan berat hatinya terpaksa menghantar anak kepada pengasuh.
Sebenarnya, mencaripengasuh perlulah diselesaikan 2 bulan sebelum bersalin supaya tidak timbul masalah ketiadaan pengasuh atau ketidakserasian anak dengan pengasuh.
Di sini, saya ada beberapa tip untuk memilih pengasuh :
1 ) Pastikan pengasuh itu, kita kenali hati budinya lebih elok kalau saudara mara sendiri
2 ) Cuba bertanya jiran rumahnya(tanpa dia ketahui) macam mana keluarganya latar belakangnya.
3 )Bina hubungan baik dengan pengasuh, jika kita pergi bercuti belikan sesuatu untuk dirinya atau keluarganya.
4 ) Jangan berkira atau kedekut dengan pengasuh, belikan beras, susu , gandum
( kadang-kadang la )
5 ) Biar pengasuh yang tentukan harga
6 ) Lebih elok kalau pengasuh itu jaga anak kita jer, paling ramai 2 orang jer
7 ) Pastikan ambil anak tepat pada waktu yang dijanjikan
8 ) Bersedia untuk bercuti jika pengasuh ada hal-hal lain.
9 ) Beritahu lebih awal kepada pengasuh jika kita terpaksa kerja lebih masa
10 ) Sentiasa berdoa agar anak kita sentiasa selamat dalam jagaannya.
Saya amalkan tip-tip di atas untuk menjaga hubungan baik antara kita dengan pengasuh.
Barulah pengasuh akan rasa senang hati dan ikhlas untuk jaga anak kita.
Sentiasa ingat menjaga anak ni tiada nilai harganya.
SESIAPA YANG ADA TIP LAIN, SILA POSTLKAN DI SINI YER!!!
No comments:
Post a Comment