Assalamualaikum...
kali ni saya nak kongsi pulak tentang pemilihan katil bayi yang sesuai
Kebanyakan ibu bapa tidak susah untuk memikirkan jenis katil yang ingin dibeli... Bergantung kepada kemahuan masing-masing.Ada jenis katil yang disertakan tilam dan ada juga yang harus membeli tilam berasingan.
Ada juga beberapa jenis yang disertakan dengan mosquito net(kelambu) dan ada juga yang disertakan dengan bakul bayi( baby carrier ) .
Terpulang kepada kehendak masing-masing serta budget yang ada.
Antara sebab saya belikan katil untuk Aleesya adalah kerana saya xnak gunakan buaian...
Saya ada rujuk doktor pasal penggunaan buaian dan memang doktor cakap buaian akan menyebabkan otak bayi bergegar...
Ada juga antara kes bayi jatuh dari buaian dan menyebabkan pendarahan otak yang serius
(mintak dijauhkan kemalangan sebegini )
So, saya pergilah survey katil bayi yang sesuai,berguna,tahap keselamatan yang baik dan berbaloi...
katil ni saya beli di kedai baby,Manjung
harganya lebih kurang RM 300++
Cantik design katil ni, ade mosquito net, baby carrier tapi tilam kena beli berasingan la
katil ni sebenarnya ada ciri-ciri pengudaraan yang baik kerana di sekeliling katil tersebut terdapat dua lapisan kain...kain net dan kain biasa
untuk siang hari kita boleh membuka zip untuk menanggalkan kain biasa tersebut.
Jadi,anak akan rasa lebih selesa
kalo tak silap saya, jenama katil ni Sweet Cherry kot
katil ni lebih kurang sama ngn katil Aleesya
Ada tayar dan boleh lock tayar tersebut
Yang ni pun lawa jugak
siap ada drawer lagi
Yang ni warnanya putih-pink
Kawan saya cakap boleh dapat kat kedai perabot
harganya lebih kurang RM 300 jugak
Yang ni memang ringkas sahaja dan senang untuk dibawa ke mana-mana kerana ringan dan mudah dilipat
Harganya juga lebih murah
Dalam pembelian katil dan penggunaannya, terdapat juga banyak persoalan dengan tahap keselamatannya...
Kita mesti ingat, keselamatan perlu diutamakan.
Melalui pembacaan saya, pemilihan dan penggunaan katil yang betul adalah penting.Antaranya :
Pastikan papan untuk letak tilam boleh dinaikkan dan diturunkan.Maksudnya, ada 2 tahap. Untuk anak bawah 1 tahun, kita boleh laraskan tahapnya lebih tinggi. Tetapi, untuk anak 1 tahun ke atas, kena laraskan ke tahap yang lebih rendah.
Pastikan katil anak mempunyai tayar kerana senang untuk dialihkan serta sentiasa ingat untuk mengunci tayar supaya ianya tidak bergerak.
Pastikan katil bayi tidak diletaakan di tepi tingkap, berhampiran suis elektrik, pemanas serta langsir. Anda tahu akibaynya nanti kan?
Jangan gunakan bantal untuk bayi berumur 1 tahun ke bawah.
Pastikan katil yang dibeli mendapat kelulusan pihak keselamatan.
Emmm...itu ajelah serba sedikitperkongsian saya mengenai katil bayi ni
Ape-apepun, kena selalu awasi anak kita walaupun kita rase anak dalam keadaan selamat di dalam katil.
Lastly, selalu berdoa untuk kesejahteraan anak kita lah. Itu yang lebih baik, kerana kita hanya mampu merancang...Tuhan yang menentukan kerana Dia lebih mengetahui...