Saturday, February 20, 2010

(share ) PENGALAMAN PERTAMA MENJADI SEORANG IBU

Hari ini amat bermakna bagiku, anak pertama kami dilahirkan. Contraction bermula seawal 2 pagi dengan kesakitan yang kurasai setiap stengah jam sampai pukul 4pagi. Melahirkan anak sulung aku tiada apa-apa pengalaman bersalin atau sakit.

Kusangkakan kesakitan itu disebabkan mahu membuang air besar kerana malam itu aku makan kerang rebus. Selepas mengalami contraction setiap stengah jam, kini aku rasa kesakitannya bertambah kerap, setiap 15 minit. Kemudian, dari pukul 5 pagi kesakitan yang kualami setiap 5 minit pula.Kuteringat kata-kata teman di tempat kerja, kalau terasa sakit seakan mahu membuang air besar dan makin lama makin kerap maka sudah tiba masanya untuk ku bersalin. Aku mula terasa bimbang dan takut.

Suamiku memberi cadangan agar aku menelefon ibuku untuk bertanya. Lalu, tanpa berfikir panjang aku telefon ibuku dan bertanya adakah begini tandanya jika mahu bersalin. Ibuku mananyakan samada ada tanda lain atau tidak seperti keluar air atau darah. Aku memberitahu tiada apa-apa. Ibuku memberitahuku supaya bersiap untuk pergi ke hospital. Lalu, aku dan suamiku mengangkut beg pakaian bayi dan beg ku untuk ke hospital. Dalam kekalutan sebegitu suamiku sempat menelefon ibu mertuaku untuk memaklumkan keadaanku. Suamiku juga memaklumkan jiran sebelah rumahku. Kemudian kami berangkat ke hospital.

JIKA ANDA SEBARANG KOMEN, SILA KONGSIKAN DI SINI!!!

No comments:

jom baca entri ni juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...