Pukul 4.30 petang, aku disuruh masuk ke labour room sekali lagi. Jururawat memeriksa bukaan jalanku.Dia menyatakan sudah terbuka sebanyak 6cm.Namun,aku terpaksa menunggu lagi sehingga bukaanku 10 cm kerana ini adalah anak yang pertama.
Jururawat memasukkan air ke dalam tubuhku,katanya untuk memberikan tenaga kerana aku kurang makan pada hari tersebut. Setelah air dimasukkan,aku terasa sakit.Sakit yang amat sangat seperti mahu bersalin.Aku memberitahu jururawat,tetapi jururawat memberitahu itu adalah proses biasa.Seorang jururawat datang bertanya sama ada inginkan ibu atau suami yang menemankan ku nanti.
Aku sempat berfikir,aku mahu suamiku masuk kerana aku tak mahu menyusahkan ibuku.Setelah suamiku masuk,aku jadi semakin sayu dan terasa semakin sakit.Jururawat sedang menyiapkan semua peralatannya,katanya aku sudah bersedia untuk bersalin. Semasa kali pertama aku meneran,bayikuu tidak keluar.Jururawat memberitahu agar semasa meneran jangan keluarkan bunyi mulut,tapi aku yang tidak mengerti apa-apa terus-terusan membuat kesalahan itu.
Setelah begitu lama aku mengambil masa untuk meneran,jururawat mengambil keputusan untuk menelefon doctor bertugas. 2 orang doctor datang pada masa tersebut.Di dalam bilik bersalin tersebut riuh rendah dengan suara jururawat dan doctor memberikan semangat kepadaku.Seorang jururawat bangsa India keluar dari bilik itu dan mengajak ibuku untuk masuk bersama.
Tanpa berkata apa-apa ibuku memeluk dan mencium ku, serentak itu dia berkata yang dia redha segala-galanya ke atas aku. Aku terus meneran apabila berasa sakit.Tetapi bayiku tidak juga keluar.Pukul 6.30 ptg,doctor Hospital Gerik menelefon Hospital Ipoh untuk menghantarku ke sana.
Mungkin bayiku akan di vakum atau mungkin aku akan dibedah.Ibuku tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat agar melahirkan bayiku supaya tidak dihantar ke Ipoh.
Pukul 6.45 p.m aku masih lagi cuba meneran,masih jelas lagi aku melihat para jururawat menyiapkan alatan untuk aku di dalam ambulans nanti. Pada masa itu juga,seorang staffnurse( yang menjagaku pada waktu pagi tadi ) masuk bertanyakan sama ada aku sudah bersalin atau tidak.
Bila melihatku masih lagi terbaring,dia bersiap-siap untuk mengambil alih.Ini jururawat yang keempat yang ingin menyambut kelahiran anakku. Sedari tadi juga jururawat yang senior juga asyik membacakan ayat al-Quran serta memberikanku air selusuh.Yang paling menyentuh hati adalah melihat suamiku yang sedih melihat kepayahanku melahirkan anak kami.
Dia juga tak putus-putus membaca ayat al-Quran. Staffnurse yang kuceritakan tadi bijak memberikan semngat dan memotivasikan ku.Sekali teran sahaja,aku dapat melahirkan anakku.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi,anakku dilahirkan dengan selamat.Bayiku seberat 2.8 kg dan seorang bayi perempuan yang cukup comel.Suamiku menitiskan air mata serentak itu mengucapkan terima kasih dan juga mencium dahiku. Ibuku pula turut menitiskan air mata.
Seisi bilik bersalin tersebut menepuk tangan tanda syukur aku dapat melahirkan anakku dengan selamat.Jam di dinding menunjukkan 6.55 petang dan hari tersebut adalah 11.08.2009.
Bayiku kuberikan nama Aleesya Nur Dini Binti Mohd Ar Firdaus.
JIKA ANDA ADA SEBARANG KOMEN, SILA POST KAN DI SINI!!!
No comments:
Post a Comment