Di sini saya akan kongsikan tip-tip untuk memastikan anak tidur lena.
- Pastikan anak berasa selesa dan kering sebelum tidur iaitu sentiasa tukar lampinnya.
- Pastikan anak diberikan susu yang mencukupi agar tidurnya tidak terganggu. Dinasihatkan seeloknya setiap 2 jam atau bila-bila masa yang diperlukannya.
- Pastikan perut anak disapu minyak telon untuk elakkan kembung. Kembung perut akan membuatkan anak sentiasa terjaga semasa tidur dan menangis.
- Pastikan persekitaran tidur anak selesa, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.
- Dan petua yang terakhir yang saya selalu amalkan ialah sebelum tidur dodoilan dengan zikir, bacakan ayat Kursi, doa tidur , mengucap dua kalimah syahadah.Sentiasa amalkan , Insyallah anak akan terikut juga apabila dia besar nanti.
No comments:
Post a Comment