Monday, October 11, 2010

[ info ] KES BAYI TERSEDAK SUSU....JANGAN CUAI

Ketika post ini ditulis, terdapat banyak artikel dalam surat khabar mengenai kes kematian bayi tersedak susu di rumah atau di pusat asuhan. Semakin banyak dan semakin membimbangkan...

Bagi yang ada anak kecil seperti saya, kes-kes sebegini membuatkan kita tak senang hati...

Kebanyakan kes yang dilaporkan menyatakan pelbagai sebab yang boleh menyebabkan bayi tersedak susu.. Ada ketikanya bayi menyusu semasa sedar dan tidur.

Apabila bayi ditinggalkan sendirian semasa tidur untuk menyusu, susu dalam botol tidak berhenti dan terus mengalir. Ini akan membuatkan air susu terkumpul di dalam mulutnya.

Lama kelamaan susu tersebut akan mengalir melalui rongga pernafasan dan seterusnya ke paru-paru. Apabila ini berlaku bayi akan tersedak dan batuk. Maka di sinilah bayi memerlukan pertolongan kita.

Namun, jika bayi ditinggalkan berseorangan sudah tentulah tindak balads ini tidak dapat dikesan oleh ibu bapa atau pengasuh. Maka kejadian yang tidak diingini bakal berlaku.

Ada sesetengah ibu bapa tidak sabar untuk memangku anak yang menyusu, maka mereka cenderung untuk meletakkan botol susu di atas bantal atau kain. Ini tidak sepatutnya berlaku.

No comments:

jom baca entri ni juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...