Thursday, October 14, 2010

[ tip ] PASTIKAN BAYI TIDUR LENA.....

Bayi memerlukan tidur yang mencukupi agar pertumbuhannya sihat seiring usia.







Di sini saya akan kongsikan tip-tip untuk memastikan anak tidur lena.

  • Pastikan anak berasa selesa dan kering sebelum tidur iaitu sentiasa tukar lampinnya.
  • Pastikan anak diberikan susu yang mencukupi agar tidurnya tidak terganggu. Dinasihatkan seeloknya setiap 2 jam atau bila-bila masa yang diperlukannya.
  • Pastikan perut anak disapu minyak telon untuk elakkan kembung. Kembung perut akan membuatkan anak sentiasa terjaga semasa tidur dan menangis.
  •  Pastikan persekitaran tidur anak selesa, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.
  • Dan petua yang terakhir yang saya selalu amalkan ialah sebelum tidur dodoilan dengan zikir, bacakan ayat Kursi, doa tidur , mengucap dua kalimah syahadah.Sentiasa amalkan , Insyallah anak akan terikut juga apabila dia besar nanti.

[ foto ] CUTE BABIES...ZZZZZZZZZZZZ

Kadang-kadang apabali melihat anak kita tidur...Hati akan rasa tenang jer...Segala masalah bagaikan hilang...

Di sini saya kongsikan beberapa gambar bayi yang nyenyak tidur........zzzzzzzzzzzzz
























Comel kan???Jadi sayangilah anak-anak kita...Peace....

[ tip ] ELAKKAN BAYI TERSEDAK SUSU

Dalam post yang lepas saya ada kongsikan maklumat mengenai kenapa bayi boleh tersedak susu sedangkan susu adalah sejenis cecair.

Dalam post ini, saya akan kongsikan beberapa cara untuk elakkan bayi tersedak.
  • pangku bayi semasa mereka menyusu tidak kiralah anak anda menyusu botol atau susu ibu. Jika anda lenguh letakkan bantal kecil di bawah bayi anda.
  • Jangan sekali-kali tinggalkan  bayi seorangan semasa bayi  menyusu , lebih-lebih lagi apabila bayi anda telah pandai memegang botol susu sendiri.
  • Selepas menyusu, pastikan tepuk perlahan-lahan di belakangnya untuk sendawakannya. Ini juga untuk elakkan kolik.
  • Jika anda hantar anak ke rumah pengasuh atau nurseri, pastikan anda memberi peringatan kepada mereka.

Monday, October 11, 2010

[ info ] KES BAYI TERSEDAK SUSU....JANGAN CUAI

Ketika post ini ditulis, terdapat banyak artikel dalam surat khabar mengenai kes kematian bayi tersedak susu di rumah atau di pusat asuhan. Semakin banyak dan semakin membimbangkan...

Bagi yang ada anak kecil seperti saya, kes-kes sebegini membuatkan kita tak senang hati...

Kebanyakan kes yang dilaporkan menyatakan pelbagai sebab yang boleh menyebabkan bayi tersedak susu.. Ada ketikanya bayi menyusu semasa sedar dan tidur.

Apabila bayi ditinggalkan sendirian semasa tidur untuk menyusu, susu dalam botol tidak berhenti dan terus mengalir. Ini akan membuatkan air susu terkumpul di dalam mulutnya.

Lama kelamaan susu tersebut akan mengalir melalui rongga pernafasan dan seterusnya ke paru-paru. Apabila ini berlaku bayi akan tersedak dan batuk. Maka di sinilah bayi memerlukan pertolongan kita.

Namun, jika bayi ditinggalkan berseorangan sudah tentulah tindak balads ini tidak dapat dikesan oleh ibu bapa atau pengasuh. Maka kejadian yang tidak diingini bakal berlaku.

Ada sesetengah ibu bapa tidak sabar untuk memangku anak yang menyusu, maka mereka cenderung untuk meletakkan botol susu di atas bantal atau kain. Ini tidak sepatutnya berlaku.

SEDIKIT PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN MELALUI PEMBEDAHAN CAESAREAN

Bagi anda yang melahirkan anak secara pembedahan caesarean usah risau memikirkan bahagian jangkitan. Ini adalah kerana kini kebanyakan doktor akan menyemburnya dengan antiseptic untuk mengelakkan jangkitan kuman.
Anda boleh mandi cuma pastikan mengelap sehingga kering tempat jahitan untuk elakkan jangkitan kuman.
Cumanya anda dinasihatkan untuk tidak berbengkung dan berurut seperti ibu-ibu yang besalin normal.
P/S : Sekarang ni terdapat banyak bengkung moden untuk ibu-ibu yang bersalin melalui pembedahan. Just consult your doctor.

Sunday, October 10, 2010

PANDUAN MELANCONG KETIKA HAMIL


1. Bawa buku lawatan antenatal
 Ke mana sahaja anda pergi, samada pulang ke kampung, melancong atau dalam perjalanan jauh, pastikan buku lawatan antenatal sentiasa di bawa. Manalah tahu kan, anda mungkin perlu bersalin jetika sedang bercuti.
2.  Bawa beg keperluan bayi
Seeloknya, jika menggunakan kenderaan sendiri, sentiasa sediakan beg barang keperluan bayi agar memudahkan jika terpaksa ke hospital serta merta untuk bersalin.
3. Periksa syarikat pengangkutan
Terdapat juga syarikat pengangkutan seperti bas, feri atau kapal terbang yang tidak membenarkan penumpang mengandung menggunakan perkhidmatan mereka kerana bimbangkan risiko jika sakit bersalin dalam perjalanan.
4. Banyakkan pergerakan
Jika dalam perjalanan jauh, biasanya anda akan mengalami lenguh-lenguh atau sengal otot. Lakukan sedikit pergerakan . Jangan duduk untuk tempoh yang lama.
5. Minum banyak air
Air adalah keperluan bagi tubuh kita, lebih-lebih lagi untuk ibu mengandung. Minumlah banyak air ketika perjalanan nanti untuk mengelakkan badan mengalami dehidrasi.
*dehidrasi : kekurangan air dalam badan

jom baca entri ni juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...