Thursday, November 29, 2012

[ share ] Petua Elakkan Jaundis

salam...
entri kali ni saya nak bercerita pasal jaundis ataupun biasa kita panggil 'kuning'
masa lahirkan anak pertama, alhamdulillah, Dini xde terkena jaundis
anak yang kedua pun tak terkena jugak tapi masa hari ketiga nurse buat lawatan ke rumah ada nampak kuning sikit kat area dagu
then, kami bawa ke Klinik Bersalin Annur, tmpt sy bersalin
Doktor Siti check baby Hani , nasib baik tak terkena jaundis
yang bagusnya kat Klinik ni Doktor tak ambil darah, dia just guna satu alat, diletakkan kat dahi, kemudian keluar bacaannya...

Tapi, sms berpantang tu mmg my mum cukup jaga sbb malas nak ulang alik pergi hospital dan kesian baby kena ambil darah.

Ni cara my mum(tradisional)...

1. Bagi minum air anggur hitam-anggur hitam tu dilecek2 hingga keluar airnya...guna sudu atau botol susu bagi baby hisap

2. mandikan dengan air rebusan daun teresat(bhs kelate)..tp st xtau ape nama daun tu..nnti sy tykan...

3. Berjemur ( bukannya jemur betul2 bawah matahari, dlm rumah je tp ltk dekat tingkap)
-walaupun dengar mcm tak relevan, tp my mum ckp mmg mejarab la ikut petua orang tua

4. paling penting teruskan memberi susu ibu...mmg kita semua tahu khasiatnya kan?
tapi ada jugak nurse cakap asalkan beri susu je tak kisah susu ibu ke susu formula sbb jaundis ni akan berkurang jika air banyak masuk ke dalam baby kita. Dan nurse cakap, jgn terkejut if anak selalu berak2 warna kuning.Itu sbbnya dia nak keluarkan dari badannye. 

itu sahaja perkongsian saya, semua petua ni mmg saya amalkan dan Alhamdulillah, dua-dua puteri saya tak terkena jaundis.

Sekian.

No comments:

jom baca entri ni juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...