Monday, July 23, 2012

( share ) Amalan Nabi di Waktu Pagi

  1. Mandi sebelu subuh. Ini kerana air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul.
  2. Mengamalkan meminum air sejuk segelas setiap pagi sebelum bersiwak. Ia bagi mengelakkan penyakit dan ia turut diamalkan oleh orang-orang Jepun.
  3. Bertafakur dan bersujud sekurang-kurangnya seminit. Ini mengelakkan sakit kepala atau migrain. Menurut saintis yang buat kajian tentang sujud, mereka menemui beberapa mililiter ruang udara , dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah.Maka dengan bersujud , darah akan mengalir ke ruang tersebut.
  4. Solat DHUHA.Dari Umar r.a.berkata Rasulullah s.a.w. Firman Allah dalam hadis Qudsi bermaksud , "Hai anak Adam , solatlah keranaKu dua rakaat Duha pada awal hari , nescaya aku jamin hingga akhir hari tersebut ."(H R Al-Tabrani )
  5. Membaca DOA seperti berikut , " Ya Allah, dengan rahmat dan pertolonganMu kami memasuki waktu pagi, dan dengan rahmat dan pertolonganMu kami memasuki  waktu petang.Dengan rahmat dan pertolonganMu kami HIDUP, dan dengan pertolonganMu kami mati. Dan kepada Mu kebangkitan(bagi semua makhluk)." (H R Tirmizi )
  6. Berzikir, membaca al-quran dan mentadabbur isinya.

P/S : INPUT INI DIDAPATI DARI MAJALAH AL ISLAM

2 comments:

Nor :) said...

tenkiu info :)

noriece said...

welcome Nor..jom sama2 amalkan..

jom baca entri ni juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...