Sunday, April 4, 2010

[ tip ] ANAK DEMAM?!!!

Anak demam @ selsema memang membuatkan kita susah hati. Lebih-lebih lagi setelah diberikan suntikan imunisasi. Tetapi, perlu diingat, jangan diberikan anak kita dengan ubat yang tidak bersesuaian atau ikut suka hati sahaja. Kita perlu mendapatkan nasihat doktor berkenaan ubat.

Tetapi cara yang lebih mudah adalah mengamalkan petua tradisional yang diperturunkan kepada kita atau diketahui melalui kawan-kawan.






Jika anak selsema atau demam , selalunya saya amalkan petua berikut:
  1. semasa memandikannya, saya hanya membasahkan kepalanya dengan tuala sahaja
  2. selalu menyapukan minyak telon dibetisnya sambil melakukan urutan
  3. Jika anak demam, suhunya melebihi 38 celcius, selalunya saya tidak memakaikan baju atau pakai baju yang jarang sahaja untuk menyederhanakan suhu badannya.
  4. Pakaikan 'cool fever' didahinya untuk menurunkan suhu panas di kepala.
  5. Elakkan membawa anak ke tempat yang panas dan juga tempat yang ramai orang
  6. Paling penting, kita harus sentiasa berada bersamanya. tidak rugi meminta cuti, jika kita seorang wanita bekerja, kerana saat itulah anak sangat memerlukan kita.

No comments:

jom baca entri ni juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...