Wednesday, April 14, 2010

[ tip ] ANAK DEMAM CAMPAK???

Bermula dengan demam, selepas 2 hari mukanya ditumbuhi bintik-bintik berwarna merah. Itulah yang dikatakan campak. Kepada ibu bapa, jangan risau.Itu adalah satu fasa yang akan dilalui oleh anak kita. Untuk mengesahkannya, berjumpalah doktor untuk mendapatkan nasihat.


Di sini saya ada beberapa petua yang diperturunkan oleh ibu dan ibu mertua saya.

1. Pastikan suhu badan anak dipantau.

2. Pastikan anak minum banyak air.

3. Air tersebut bolehlah dibacakan surah al-fatihah dan juga selawat Syifa’

4. Jangan beri anak makan makanan berminyak, ini akan memburukkan lagi demam campak.

5. Pastikan di dalam menu makanan anak tidak dimasukkan daging ayam sampai demam campak nya kembali elok.

6. Sapukan bedak sejuk di badannya untuk menghilangka rasa miang di badannya.

7. Selepas semua bintik-bintik merah mula kelihatan di seluruh badan dan mula merebak ke tapak tangan dan kaki, itu menandakan anak anda beransur sembuh.

8. Setelah nampak bintik merah mula hilang, beri anak minum air kelapa yang asli, yang tidak ditambahkan gula dan perasa.Lebih elok beri dalam kelapa itu sendiri.

9. Setelah beransur sembuh mandikan dengan air beras,ratakan di seluruh badannya.

10. Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dan kesihatan anak.Insyaallah anak akan sihat.

Jangan lupa,jika anda tidak pasti, sila bawa anak mendapatkan rawatan dari doctor anda.

No comments:

jom baca entri ni juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...