Tuesday, April 27, 2010

[ info ] Benarkan kulit juga boleh STRESS?

Pernah tak terfikir yang kulit juga mengalami stress ? Pelik bunyinya kan? Tetapi itulah hakikatnya. Kulit memang mengalami stress. Tapi bagaimana ??? Cara mengatasi ???

Di sini saya kongsikan beberapa penyebab stress, antaranya :

1 ) MINYAK
     - pengumpulan minyak pada T-zone  pasti menjadi masalah utama setiap wanita . Semakin 
       meningkat umur, kulit kita akan semakin banyak mengeluarkan minyak . Minyak ini akan
       menyebabkan masalah jerawat .
     - cara mengatasi : makan makanan berkhasiat dan kurag minyak.Makan banyak sayuran dan buahan.
                                  Cari produk di pasaran yang sesuai dengan kulit berminyak, contohnya for oily
                                  skin . Gunakan kertas minyak jika terlalu banyak minyak di muka. Gunakan masker
                                  anti minyak atau scrub pembersihan.

2 ) JERAWAT
      - selalunya penyebab jerawat adalah kulit berminyak . Apabila minyak dah memenuhi sebum ia akan
        cenderung membentuk jerawat. Selalunya terjadi kepada muka yang tidak dijaga dengan elok dan
        penggunaan bahan pencuci  muka yang tidak sesuai.
     - cara mengatasi : gunakan sabun pencuci muka yang sesuai. Gunakan pembersih muka yang dapat
                                  menutup pori-pori muka. Paling penting minum banyak air masak.

Tuesday, April 20, 2010

[ tip ] MEMILIH SERBUK@CECAIR PENCUCI BAJU BAYI

Bagi saya penggunaan serbuk pencuci biasa akan meninggalkan kesan kepada pakaian bayi. Selain dari kain menjadi keras, ia juga akan menyebabkan kegatalan pada kulit bayi memandangkan kulit bayi amatlah sensitif.

Pilihan saya tentulah cecair kerana ia akan lebih mudah meresap ke dalam bebenang baju serta akan dapat menanggalkan kekotoran pada pakaian bayi.

Wednesday, April 14, 2010

[ info ] SOOTHERS@PUTING TIRUAN

              Pernah tak terlihat bayi @ kanak-kanak dengan puting tiruan yang asyik melekat jer di mulutnya??? Senario ini amat bahaya kerana akan menyebabkan gusi bayi atau kanak-kanak tersebut akan naik serta mengakibatkan gigi jongang.

             Terdpat banyak sebab kenapa ibu bapa masa kini suka memberikan puting tiruan kepad anak-anak. Mungkin kerana anak suka menangis ataususah tidur maka diberikan puting tiruan.]

         Bagi saya ianya tidak salah selagi kita menghadkan penggunaannya. Ini akan mengelakkan kebergantungan bayi @ kanak-kanak kepada puting tiruan.


Terdapat banyak pilihan soothers di pasaran . Yang paling elok adalah dihujungnya putingnya berbentuk leper untuk mengelakkan anak jongang.

Puting tersebut hendaklahdipastikan bebas dari BPA atau BPA free.

Gunakan jenis silikon kerana kebanyakan bayi tidak suka yang latex kerana baunya.

Kekadang ada baiknya puting tiruan ini, kerana jika bayi mula tumbuh gigi dia akan berasa gatal di
gusinya. Jadi cara terbaik adalah menggigit putingtiruan tersebut.


[ info ] PAMPERS @ CLOTH DIAPER

Betul ker guna cloth diaper ni menjimatkan???


             Macam mana kalau untuk ibu bekerja? Tentu memakan masa kalau kena sentiasa membasuh. Memang tidak dinafikan cloth diaper menjimatkan, tidak perlu berhabis duit setiap bulan membeli pampers.

          Katakan jika pertama kali beli cloth diaper, mungkin akan beli dalam 7 keping untuk kegunaan setiap hari. Setiap keping adalah lebih kurang harganya RM 30.Jumlahnya sehingga RM 210.

    Itu untuk kegunaan di rumah, kalau untuk dihantar pada pengasuh???Kena beli lagi. Mesti ditambah lebih kurang 5 keping lagi, dah tentulah jumlahnya sekitar RM 150 jadi totalnya lebih kurang RM 360.
Tambahan pula kos sabun basuh, penggunaan air dan elektrik juga perlu diambil kira.

       Macam mana pula jika di musim hujan???Jadi, cara paling senang tentulah menggunakan pampers.

Bukan tidak menyokong kempen alam sekitar, tetapi kekangan hidup serta masa pada masa kini amat memerlukan segalanya dilakukan dengan pantas dan cepat. Jadi saya lebih suka menggunakan pampers untuk anak saya.Lebih senang, mudah dan menjimatkan masa.



[ tip ] ANAK DEMAM CAMPAK???

Bermula dengan demam, selepas 2 hari mukanya ditumbuhi bintik-bintik berwarna merah. Itulah yang dikatakan campak. Kepada ibu bapa, jangan risau.Itu adalah satu fasa yang akan dilalui oleh anak kita. Untuk mengesahkannya, berjumpalah doktor untuk mendapatkan nasihat.


Di sini saya ada beberapa petua yang diperturunkan oleh ibu dan ibu mertua saya.

1. Pastikan suhu badan anak dipantau.

2. Pastikan anak minum banyak air.

3. Air tersebut bolehlah dibacakan surah al-fatihah dan juga selawat Syifa’

4. Jangan beri anak makan makanan berminyak, ini akan memburukkan lagi demam campak.

5. Pastikan di dalam menu makanan anak tidak dimasukkan daging ayam sampai demam campak nya kembali elok.

6. Sapukan bedak sejuk di badannya untuk menghilangka rasa miang di badannya.

7. Selepas semua bintik-bintik merah mula kelihatan di seluruh badan dan mula merebak ke tapak tangan dan kaki, itu menandakan anak anda beransur sembuh.

8. Setelah nampak bintik merah mula hilang, beri anak minum air kelapa yang asli, yang tidak ditambahkan gula dan perasa.Lebih elok beri dalam kelapa itu sendiri.

9. Setelah beransur sembuh mandikan dengan air beras,ratakan di seluruh badannya.

10. Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dan kesihatan anak.Insyaallah anak akan sihat.

Jangan lupa,jika anda tidak pasti, sila bawa anak mendapatkan rawatan dari doctor anda.

Sunday, April 4, 2010

[ tip ] ANAK DEMAM?!!!

Anak demam @ selsema memang membuatkan kita susah hati. Lebih-lebih lagi setelah diberikan suntikan imunisasi. Tetapi, perlu diingat, jangan diberikan anak kita dengan ubat yang tidak bersesuaian atau ikut suka hati sahaja. Kita perlu mendapatkan nasihat doktor berkenaan ubat.

Tetapi cara yang lebih mudah adalah mengamalkan petua tradisional yang diperturunkan kepada kita atau diketahui melalui kawan-kawan.






Jika anak selsema atau demam , selalunya saya amalkan petua berikut:
  1. semasa memandikannya, saya hanya membasahkan kepalanya dengan tuala sahaja
  2. selalu menyapukan minyak telon dibetisnya sambil melakukan urutan
  3. Jika anak demam, suhunya melebihi 38 celcius, selalunya saya tidak memakaikan baju atau pakai baju yang jarang sahaja untuk menyederhanakan suhu badannya.
  4. Pakaikan 'cool fever' didahinya untuk menurunkan suhu panas di kepala.
  5. Elakkan membawa anak ke tempat yang panas dan juga tempat yang ramai orang
  6. Paling penting, kita harus sentiasa berada bersamanya. tidak rugi meminta cuti, jika kita seorang wanita bekerja, kerana saat itulah anak sangat memerlukan kita.

Thursday, April 1, 2010

[ info ] ANAKKU SUKA PADA BUNYI DAN WARNA




Apabila anak sudah peka kepada bunyi, maka boleh dikatakan perkembangan deria nya telah berkembang dengan baik.

Anak saya mula tertarik untuk tengok iklan di televisyen seawal umur 3 bulan. Part yang paling diminati adalah iklan di TV3. Memang penuh dengan warna warni.

Apabila berumur bulan,jika terdengar lagu, si comel mula menari-nari menandakan perasaannya yang gembira. Saya selalu melatih atau menarik perhatiannya dengan memanggil-manggil namanya berselang-selang dengan suami.

Dan respon nya amat positif di mana si comel telah tahu namanya sendiri. Jika saya memanggil dengan nama lain, si comel tidak berpaling kerana bukan namanya.

SESIAPA YANG ADA KOMEN ATAU CERITA SILA POST KAN DI SINI YER!!!

jom baca entri ni juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...