Tuesday, October 2, 2012

[ TIP ] Tip Meneran Ketika Bersalin

Assalamualaikum...
entri kali ni saya nak kongsikan tip-tip meneran ketika bersalin
Masa lahirkan Dini dulu tak pandai teran..itu sebab lama meneran n dah hampir kehabisan tenaga
barulah baby keluar..
apapun syukur alhamdulillah semuanya selamat pd waktu tu...

Tapi ...kata orang setiap kelahiran tu berbeza...
Hopefully yang kedua ni saya lebih pandai meneran..

Di sini saya nak kongsikan sedikit tip meneran ketika bersalin...ini saya daripada pembacaan saya dan juga sedikit pengalaman yang tak seberapa ni...


1. Waktu yang sesuai untuk mula meneran
- selalunya masa yang sesuai adalah semasa bukaan mencapai 10 cm..selalunya nurse @ doktor akan cakap bila bukaan dah 10 cm..masa ni kita kan rasa sakit sangat sbb bukaan rahim...

2. Posisi yang sesuai untuk meneran
- selalunya dalam keadaan berbaring dengan lutut dilipat dan tangan dilingkarkan dipaha...

3. Cara meneran
- selalunya doktor @ nurse akan suruh kita meneran apabila terasa kontraksi yang paling kuat
-tarik nafas panjang2...then tutup mulut semasa meneran
-pastikan punggung tidak terangkat sebab dikhuatiri berlaku luka yang tidak diingini
-semasa meneran, letakkan dagu di dada agar kita nampak perut kita
-pada masa ni, suami @ sesiapa yang menemani kita akan memangku@menahan belakang badan kita

Pengalaman saya ketika lahirkan anak pertama memang sangat bernilai
Masa tu mmg tak de idea langsung macam mana meneran dengan betul
mujurlah nurse ada ajar serba sedikit
itupun saya buat kesilapan dengan meneran dengan 'tekak'..maksudnya tekak akan berasa sakit
masa tu juga nurse ada cakap teran macam nak buang air besar...

Emm..apapun..setiap kelahiran adalah berbeza...
Harap sangat dipermudahkan bersalin..
Amin..

1 comment:

Arjuna Silvera said...

semoga mudahlah ye sesiapa yg nak bersalin tuh

jom baca entri ni juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...