Monday, September 2, 2013

Ketagih Hisap Puting

Assalamualaikum..
hari ini nak kongsikan pasal ketagihan puting tiruan di kalangan kanak-kanak
Entri ni adalah hasil bacaan saya dari akhbar berita harian

Rata-rata ibu bapa memberikan puting tiruan kepada anak-anak sejak dari bayi lagi dengan harapan anak-anak kurang merengek dan cepat tertidur ataupun tidur lebih lama...

Perbuatan ini akhirnya menjadikan ibu-ibu sukar memisahkan puting tiruan ini daripada anak-anak walaupun anak2 sudah berusia 7 tahun..

Jika dirujuk dari segi kesihatan, puting bukan tabiat yang bagus kerana tidak mengandungi sebarang nutrien dan boleh menjejaskan berat badan bayi atau kanak-kanak.

Masalah yang dikaitkan dengan puting :
1 ) ia boleh menghalang pertumbuhan. aktiviti menghisap memerlukan tenaga dan penggunaan berleihan akan menyebabkan mereka tidak mahu menyusu.

2) menghisap puting boleh menyebabkan jangkitan bahagian tengah telinga . membiarkan ia berpanjangan dan berterusan akan boleh mengubah tekanan dalam telinga tengah.

3 ) terlalu kerap meghisap menyebabkan kanak-kanak lambat bercakap.

4 ) gigi tidak tersusu dan jongang

5 ) mengubah bentuk mulut

6 ) puting yang dicelup dengan sirap, madu ataupun glukos pula boleh mereputkan gigi.

Sunday, September 1, 2013

Tauhu Rangsang Reproduktif








Kajian baru yang disiarkan dalam Jurnal Hormon dan Kelakuan menyatakan bahawa amalan makan tauhu memberikan kehidupan seks yang lebih baik. Makanan ruji Asia ini mengandungi sebatian berasaskan tumbuhan iaitu estrogenic ( phytoestrogen ) yang bertindak dengan organ-organ pembiakan , merangsang organ reproduktif dan juga meningkatkan kepuasan seksual.

Saturday, August 31, 2013

Teh Dapat Kurangkan Kanser Ovari !



Ha! Jangan tak tahu..
Teh dapat mengurangkan risiko kanser ovary sehingga 30% .

Friday, August 30, 2013

Cara Nak Elakkan Strok !


1.    Elak minuman ringan dan berkarbonat
-         Risiko untuk mendapat strok iskemik , akan meningkat sehingga 83% sekiranya anda mengamalkan mengambil minuman yang manis setiap hari.

2.    Ambil lebih tomato
-         Tabiat mengambil likopen yang terdapat pada buah-buahan dan sayuran-sayuran termasuklah tomato dapat mengurangkan risiko strok sehingga 55 peratus.

Thursday, August 29, 2013

Susu Cegah Kanser Kolon !

SUSU

Assalamualaikum... 
Wah! Terkejut jugak baca pasal satu artikel yang susu ni jugak boleh mencegah kanser...

Menurut pakar, minum susu mampu mencegah risiko kanser kolon. Protein yang terdapat dalam susu akan memperlahankan pertumbuhan sel kanser dengan member DNA lebih masa untuk membetulkan diri..

Ha..pada sape yg masih lagik tak suka minum susu..
Think twicw ya!!!

jom baca entri ni juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...