Wednesday, July 25, 2012

( INFO ) BONUS SETENGAH BULAN GAJI..RAYA 2012

KUALA LUMPUR 25 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion. - BERNAMA

bole rujuk link utusan online di bawah ni yer


http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120725/dn_16/Bonus-setengah-bulan-gaji-untuk-penjawat-awam

Monday, July 23, 2012

(share) BONUS UNTUK KAKITANGAN AWAM???

Salam
hehe..brje tadi pas tgk brita TV3
pasal CUEPACS yang mohon bonus untuk kakitangan awam
Bagus jugak le..hehe..kalo dapat bole guna utk perbelanjaan raya nanti

Katanya sebelum ni dah 2 3 tahun tak dapat bonus
Hanya dapat RM 500 untuk bantuan raya dan akhir tahun...

Tapi yang tak bagusnya, barang mesti melonjak naik
biasalah...
kalo mcm tu kesian kat orang yang kerja sendiri...

hemm...

( share ) Amalan Nabi di Waktu Pagi

  1. Mandi sebelu subuh. Ini kerana air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul.
  2. Mengamalkan meminum air sejuk segelas setiap pagi sebelum bersiwak. Ia bagi mengelakkan penyakit dan ia turut diamalkan oleh orang-orang Jepun.
  3. Bertafakur dan bersujud sekurang-kurangnya seminit. Ini mengelakkan sakit kepala atau migrain. Menurut saintis yang buat kajian tentang sujud, mereka menemui beberapa mililiter ruang udara , dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah.Maka dengan bersujud , darah akan mengalir ke ruang tersebut.
  4. Solat DHUHA.Dari Umar r.a.berkata Rasulullah s.a.w. Firman Allah dalam hadis Qudsi bermaksud , "Hai anak Adam , solatlah keranaKu dua rakaat Duha pada awal hari , nescaya aku jamin hingga akhir hari tersebut ."(H R Al-Tabrani )
  5. Membaca DOA seperti berikut , " Ya Allah, dengan rahmat dan pertolonganMu kami memasuki waktu pagi, dan dengan rahmat dan pertolonganMu kami memasuki  waktu petang.Dengan rahmat dan pertolonganMu kami HIDUP, dan dengan pertolonganMu kami mati. Dan kepada Mu kebangkitan(bagi semua makhluk)." (H R Tirmizi )
  6. Berzikir, membaca al-quran dan mentadabbur isinya.

P/S : INPUT INI DIDAPATI DARI MAJALAH AL ISLAM

( SHARE ) Syaitan Dirantai, Kenapa Buat Jahat???

Assalamualaikum...
entri ini saya nak kongsikan bersama...
input ini saya dapat dari MAJALAH AL ISLAM Edisi Julai 2012
Banyak pengisian Ramadhan di dalamnya...

SOALAN : Syaitan dirantai , kenapa buat jahat ?

JAWAPAN : Syaitan dirantai, tetapi NAFSU manusia itu tidak dirantai. Itu menandakan bahawa manusia itu lebih jahat daripada syaitan.  Yang hendak makan dan berbuat jahat pada bulan puasa bukannya syaitan tetapi NAFSU. Syaitan itu memang dirantai tetapi disebabkan kita ada hubungan dengan syaitan, maka mereka hanya berbisik sahaja maka kita pun menurut kata nafsu.

PENYELESAIAN : Bagaimana Untuk melawan nafsu ?
 Duduk dengan Allah dan perbanyakkan doa. Allah ajar untuk melawan nafsu terutamanya pada waktu siang kerana ketika itu nafsu paling banyak. Jadi sesiapa yang berdoa pada waktu siang di bulan Ramadhan, doanya Mustajab.

 

( SHARE ) AGENDA KITA DI BULAN PUASA..INSYAALLAH


jom baca entri ni juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...