salam semua
hari ni tergerak hati nak buat ketupat sotong
atau nama laen ore kelate panggil tupak sutong,,
menu utama mestilah sotong kan..
kalo pilih yang kecik
lagi sedap sebab tak liat sangat
tapi penatla nak mencucuk nanti
tapi arini en somi dapat tangkap yg besar...
tangkap kat fresh mart.huhu
bahan lain
1) 5-6 ekor.sotong
2). rm 2 santan
3) pulut
4) gula melaka 2 ketul
5) daun pandan
6) sedikit garam
7) pencungkil gigi
caranya
1. rendam sedikit pulut dalam santan dan campur sikit garam
rendam sbb nak bg pulut lembut
2. basuh sotong bersih2, mata ditanggalkan
3. masukkan pulut ke dalam sotong,tutup atas die dengan kepala tadi, cucuk menggunakan pencungkil gigi
4. masukkan semuanya dalam periuk, masukkan santan tadi
5. masukkan 2 ketul/keping gula melaka
6. masak sehingga likat kuahnya
No comments:
Post a Comment