Assalamualaikum
Pernah dengar tak 'Trigger Thumb'?
Trigger Thumb ni sebenarnya lebih kepada masalah sendi pd jari tangan terutamanya ibu jari
Sebenarnnya masalah ini banyak didapati di kalangan kanak-kanak yang berumur dari 6 bulan sehingga 3/4 tahun...
Sebenarnya, salah satu sebab saya lebih mengetahui ialah anak saya pernah mengalami trigger thumb
Pada mulanya mmg tak perasan langsung
Suami yang perasan terlebih dahulu apabila dia sedang mengusap2 jari anak saya
Masa tu kalu tak silap dah setahun lebih umur dia
Masalah anak saya adalah pd ruas yg pertama ibu jari
di mana dia tak boleh membetulkan sendiri ibu jarinya
melainkan diurut sedikit
kemudian bila dah lembut sedikit, akan keluar bunyi 'tap' apabila jarinya dibetulkan
Masa mula2 dulu tak tahu pun itu namanya 'Trigger Thumb'
kami cari maklumat di internet
rupanya mmg masalah tersebut
Kemudian kami bawa ank kami ke doktor pakar
Nak dijadikan cerita, pada hari tersebut elok pulak tgn dia
Tapi kami ceritakan masalah ini kepada doktor tersebut
Doktor ada memberitahu, masalah ini mmg pada bayi selalunya kerana kebolehan menggerakkan sendiri jari mereka tu kurang
Mereka tak pandai lagi menggerakkan jari2 mereka ke rahap yang optimum
Jadi, sendi pada ibu jari selalunya kurang bekerja dan akan 'stuck'
Lagi satu doktor cakap mungkin juga kekurangan zat makanan
Tapi, sy ada bertanya sbb asa satuu artikel tu menyatakan perlu buat pembedahan
Doktor cakap itu bila mereka dah dewasa
Jadi buat masa sekarang doktor minta kami sediakan makanan berzat utk anak
Setiap pagi urut perlahan-lahan jari tersebut sampai jarinya boleh di'straightkan'
Berikan mainan yang boleh pegang2 dan buatkan ibu jari kuat bergerak atau bekerja
Saya ada lakukan semua tu, dan Alhamdulillah mmg berkesan
so, mummy kat luar sana
check jari2 anak anda, anda mungkin terlepas pandang perkara sebegini
If ada, try la tip2 kat atas ni
dan lag bagus kalau consult doktor anda dulu
ini sekadar perkongsian saya sahaja
P/S : Untuk mommies yang nak baca lebih lanjut boleh baca entry saya ni