Tuesday, January 24, 2012

[ share ] BEZA PENYUSUSAN SUSU IBU DAN SUSU BOTOL

Salam...
saya rase kt semua tahu banyak kebaikan jika bayi minum susu ibu berbanding susu formula
tapi yg sy nak kongsikan dalam post ni adalah beza penyusuan susu ibu dan susu botol

jika kita perhatikan, semasa menyusukan bayi menggunakan botol , air susu akan sentiasa @ terus mengalir masuk ke dalam mulutnya tanpa dihisap...
yang berbahayanya adalah apabila bayi kita tertidur@tidur sambil puting masih lagi di dalam mulutnya...
Tentulah air susu tersebut akan terkumpul di dalam mulutnya
Ini akan menyebabkan bayi tersedak susu
Kita pun dah banyak mendengar kes bayi meninggal sebab tersedak susu ketika tidur
nauzubillah...mintak dijauhkan perkara sebegini....
yang pastinya, cara nak elakkan adalah kita kena sentiasa perhatikan bayi semasa dia menyusu
lebih-lebih lagi bayi yang berumur 1 tahun ke bawah
sebab bayi ini selalunya tidak pandai memegang botol susu sendiri
lebih elok kita sendiri yang memangkunya semasa menyusu

jika bayi anda menyusu dengan memegang botol sendiri, tetapi pada masa itu dia tertidur
anda boleh cuba menarik sedikit puting susu tersebut...
kemudian dia akan menyambung semula hisapannya...

lagi tip, anda seharusnya meletakkan bantal di bawah kepalanya untuk meninggikan sedikit kepalanya...





Manakala,jika kita perhatikan@rasa( jika anda menyusukan bayi sendiri ) , air susu yang mengalir masuk ke dalam mulut bayi kita adalah yang dihisap sahaja
Ini bermakna , susu akan masuk jika dipam/dihisap sahaja
jadi , tidak akan timbul masalah susu terkumpul di dalam mulutnya semasa tertidur
namun, perlu diperhatikan juga perkara sebegini seperti malang tidak berbau 




ini hanyalah sekadar perkongsian saya melalui pembacaan dan perkongsian
yg selebihnya, saya ibu-ibu juga tahu apa yang perlu dibuat untuk kebaikan anak-anak kita,kan???








No comments:

jom baca entri ni juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...