Tuesday, April 5, 2011

[ share ] LAGI-LAGI BPA

Assalamualaikum
selepas membaca surat khabar minggu lepas
Isu mengenai botol susu policarbonate BPA ni masih lagi timbul

Walaupun kerajaan mengharamkan penggunaan susu botol policarbonat BPA
secara berperingkat, tapi saya masih lagi rasa langkah secepat mungkin perlu diambil.

Langkah kerajaan itu ada betulnya, untuk memberi peluang kepada pengusaha atau pengilang menyediakan bahan terbaik
tapi, kita sebagai ibu bapa mempunyai pilihan
Jadi pilihlah yang terbaik

Mmg betul orang dulu-dulu pun guna botol susu ni, xde apa-apa
kesan pun...
Tp skg ni bising2 pulak dah xboleh guna...
Tapi, perlu ingat itu dulu...
Di mana semua teknologi tak sehebat sekarang...
Mungkin pada masa itu tiada kemudahan
ataupun tahap kesedaran masih lagi rendah

Lagipun dulu ramai di kalangan ibu-ibu kita
tidak bekerja
jadi anak-anak menyusu susu ibu sepenuhnya
 tidak menggunakan botol susu

Lagipun melalui kawan2 kita di luar negara
seperti Britain,US
memang sudah mengharamkan sejak dulu
selepas kajian tentang kesan sampingan diperolehi

Jadi, ibu-ibu dan bapa-bapa
yang sayangkan anak
yang mahu anak sentiasa sihat
mmg kita tidak tahu apa yg terjadi pd masa depan
tp sekurang-kurangnya
kita telah mengambil langkah yang betul sedari sekarang
Agar anak-anak kita mendapat hak untukk hidup secara sihat



No comments:

jom baca entri ni juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...