Saturday, February 26, 2011

[ info ] 5 CARA MENJAGA KUKU BAYI

         Untuk memotong kuku si kecil, ibu-ibu perlulah menggunakan pengepit kuku yang kecil untuk bayi. Kemudian potong kuku tangan sekurang-kurangnya sekali seminggu dan kuku kaki 2 kali sebulan.

Langkah pertama:
Untuk memberikan keselesaan kepada si kecil, bermain-mainlah dengannya akan dia sentiasa dalam keadaan tenang.



Langkah kedua :
Periksa kuku tangan dan kuku kakinya dengan teliti.Waktu yang sesuai untuk memotong kukunya adalah selepas mandi kerana pada waktu itu kukunya lebih lembut.



Langkah ketiga :
Potong kukunya dimulai dengan tangan kanan . Ketika memotong kuku, pegang bahagian lain jari agar pergerakannya terbatas. Hati-hati semasa memotong agar tidak terkena isinya dan menyebabkannya berdarah.





Langkah keempat :
Potong kuku bahagian kaki pula.Mulakan dengan kaki kanan seterusnya kaki kiri.

Langkah kelima :
Lap kuku tangan dan kuku kakinya menggunakan kain selepas membasuhnya dengan air sebesihnya.

No comments:

jom baca entri ni juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...