Monday, September 13, 2010

[ petua ] SENTUHAN KASIH SAYANG

  • Jangan mengurut ketika bayi lapar atau lampinnya basah. Jangan sesekali ketika dia demam atau mempunyai luka dan penyakit kulit yang tidak boleh disentuh.
  • Bayi tidak suka sentuhan yang terlampau lembut kerana mereka akan berasa seperti digeletek. Untuk mengurut dengan berkesan, tekankan sedikit jari anda ke bahagian yang diurut.
  • Ingatlah mengurut bayi adalah untuk menggembirakan dan memberi keselesaan untuk anda dan bayi anda.

  • Bayi anda akan terhibur apabila dia nampak ceria, mengangkat-angkat kepala memandang ke mata anda, bercakap-cakap, tersenyum dan ketawa.
      
  • Berhentilah mengurut jika anda sudah penat atau bayi kelihatan bosan seperti menguap, menghisap mulut atau jarinya (kerana lapar), merengek, meronta-ronta, menangis dan memandang ke arah lain atau menarik tangan dan kakinya seperti hendak lari ke tempat lain.
      
  • Cari tempat yang selesa, tidak terlampau panas atau sejuk.

  • Tidak ada had masa. Anda boleh mengurut bayi anda selama mana yang dia suka.

  • Cari masa yang sesuai – jangan mengurut selepas anak anda makan.
      
  • Pandanglah matanya sewaktu mengurut.
     
  • Berbualah dengan bayi anda ketika mengurut
     
  • Anda boleh mengurut mengikut cita rasa dan keinginan anda sendiri seperti mengurut kakinya dahulu dan bawah ke atas. 

No comments:

jom baca entri ni juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...