Saturday, August 21, 2010

[ info ] DERA KEMUDIAN BUANG = KEJAM

Hari ni kita dikejutkan dengan pembuangan bayi yang berusia 8-11 bulan di stesen bas. Kesian dan tersentuh hati melihat tubuhnya yang kaku berbalut kain batik.

Dah tu kena dera pulak tu. Sampainya hati. Manusia yang macam mana agaknya sanggup buat macam tu.Bayangkan kalau kita kena cubit pun, dah tentu sakit. Inikan pula bayi yang kecil tu.

Di mana letaknya perikemanusiaan yang ada tercipta dalam diri orang yang sanggup melakukan perkara sebegitu.

Kalaupun bayi tu dah tak dapat diselamatkan lagi…Kebumikanlah dengan cara yang elok. Tuhan pun dah cakap yang kita ni sebaik-baik makhluk yang Dia ciptakan.

Janganlah ditambah dosa yang sedia ada tu.Banyak saluran yang boleh dirujuk.Yang pastinya buang bayi bukan penyelesaiannya. Akhir sekali pesalah akan tetap ditangkap dan dijatuhkan hukuman. Kalaupun bukan di dunia, di akhirat hukuman yang lagi berat pasti menanti.

Sesiapa yang ada komen, sila postkan di sini yer. Kita kongsi.

No comments:

jom baca entri ni juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...