Wednesday, August 25, 2010

Seharian Bersama Abah...con't

Aleesya seharian bersama abah bersambung lagi...Balik ptgnye my hubby skali lagi kena jaga Aleesya coz aku x berapa sehat...Pening kepala yang amat sangat...xtau kenapa...

Abahnye solat pon terpaksa bentang sejadah yang lagi satu kat sebelah...Kesian..

Dalam larat tak larat tu, sempat juga suamiku pergi ke Pasar Ramadhan beli lauk pauk. Nasib baik Aleesya ok jer.

Masuk waktu berbuka, aku hanya minum air makan kuih tepung pelita then telan panadol. Solat maghrib pastu sambung tido.Aleesya masih lagi dengan abahnye.

Pukul 8.20 mlm aku bangkit sbb  suamiku dah nak pergi Terawih. Alhamdulillah dah beransur pulih.

Thanks to my hubby kerana sabar layan karenah Aleesya Nur Dini....Dini, mama sayang Dini. Abah  pn mama sayang jugak...

Monday, August 23, 2010

Seharian Bersama Abah...

Hari ni mcm2 kejadian berlaku antara My Baby ngn My Hubbby...Awal2 pagi lagi Abahnye terpaksa jaga Aleesya kat tempat keje coz pengasuhnya kena attend event kat sekolah.

Nasib baik My Hubby seorang yang penyabar dan ringan tulang.Syukur.

Dah tu masa jaga tu , kena pulak Aleesya buang air besar.Ckap kasarnya berak la. Jenuh kena bawak pulak ke tandas. Bila dah basuh kat sinki tu, pampers pulak lupa bawak. Adoi. Macam2.

Nak dijadikan cerita, dah pg amek pampers tu...Masa pakaikan, pelekat pampers pulak dah tak lekat. Gamnya dah tak kuat. Nak tak nak kena jugak pakai. Dah bawak masuk ofisnya, terpaksa gunakan double sided tape .

Lastly, memang Aleesya bersama abahnye jer dari pagi.

Saturday, August 21, 2010

[ info ] DERA KEMUDIAN BUANG = KEJAM

Hari ni kita dikejutkan dengan pembuangan bayi yang berusia 8-11 bulan di stesen bas. Kesian dan tersentuh hati melihat tubuhnya yang kaku berbalut kain batik.

Dah tu kena dera pulak tu. Sampainya hati. Manusia yang macam mana agaknya sanggup buat macam tu.Bayangkan kalau kita kena cubit pun, dah tentu sakit. Inikan pula bayi yang kecil tu.

Di mana letaknya perikemanusiaan yang ada tercipta dalam diri orang yang sanggup melakukan perkara sebegitu.

Kalaupun bayi tu dah tak dapat diselamatkan lagi…Kebumikanlah dengan cara yang elok. Tuhan pun dah cakap yang kita ni sebaik-baik makhluk yang Dia ciptakan.

Janganlah ditambah dosa yang sedia ada tu.Banyak saluran yang boleh dirujuk.Yang pastinya buang bayi bukan penyelesaiannya. Akhir sekali pesalah akan tetap ditangkap dan dijatuhkan hukuman. Kalaupun bukan di dunia, di akhirat hukuman yang lagi berat pasti menanti.

Sesiapa yang ada komen, sila postkan di sini yer. Kita kongsi.

[ INFO ] KES BUANG BAYI SEMAKIN PARAH

BENCI dengar berita tentang bayi kena buang… Tak berhati perut langsung.Dah tu buang pulak dalam lubang tandas, tempat buang sampah, sungai…Kesian betul.

Yang peliknya , pembuangan bayi ni seakan bermusim. Mungkinkah bayi-bayi ni , bayi tahun baru???Sama2 kita fikirkan.

Kadang-kadang terfikir jgk, senang sangat kot diorang ni lahirkan anak…Tak rasa susah, jadi senang jer nak buang. Kita ni nak lahirkan sorang pn sakit sehari semalam.Sebab tu lah setiap hari bila tengok anak rasa macam semakin sayang.

Kadang-kadang, masa bersembang dengan kawan-kawan yang belum dapat anak walaupun dah lama kawin, tetap rasa geram pada si pesalah yang buang bayi ni. Macam-macam cara diorang lakukan untuk dapat anak, malah ada yang sanggup berhabisan berpuluh ribu ringgit untuk dapat anak, tapi diorang senang-senang jer buang.

Sudah tiba masanya kita ambil peduli apa yang berlaku di sekeliling kita. Namun pelajaran yang paling baik adalah bermula di rumah. Ibu bapa harus menyayangi anak-anaknya. Anak pula perlu hormati dan patuhi ibu bapa
Jika semua orang ambil berat. Insyallah semua perkara dapat diatasi.

* Jika anda ada sebarang komen, sila postkan di sini. Kita kongsi bersama.

jom baca entri ni juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...