Sunday, November 18, 2012

[ share ] Ceritera Kelahiran Puteri Kedua Kami cont'

Assalamualaikum...
macam series plak...ada sambungan..hehe

Ahad malam Isnin, after check up doktor, kitrg singgah makan..
Malam nya tido lena..maklumle penat perjalanan jauh ptg td..
Dalam kul 2 pagi, terasa perut memulas
Masa tu x expect ape2 coz ingatkan sakit perut sbb mkn byk mlm td
Setiap 15 minit tu sakitnya datang berselang seli
Pergi bilik air, tapi tak rase nak membuang pun
Masa tu dapat rasa lendir coklat tu kluar makin banyak
Hah..dalam fikiran masa tu terpk,ke aku dah nak beranak...

Sampai kul 4 pagi sakitnya...mmg contraction..masa ni baru kejut suami cakap rasa sakit macam nak bersalinkan Dini dulu..
Suami saya pun blur jugak masa tu..n terkejut gak...
Then, sy kejutkan ma abah saya, cakap rase sakit...
Kul 4.30, saya decided nak call Dr Siti( Klinik Bersalin Annur), nak pergi check up...
Dr Siti cakap, tggu contraction less than 10 minutes, baru call die balik sbb kadang2 contraction ni ada yang akan hilang after few hours...

Masa tu menahan2 jugakla sakitnya..tapi boleh handle lagi...
Kul 5.30, rase contraction tiap 5 minit sekali...ha...mmg nak berslain dahni
Masa tu my mum dah ready kan baju2nye, beg baby nak ke hospital..
Suami saya plak tanya, nak pg hospital mana...
Hospital USM Kubang Kerian ke Klinik Bersalin Annur?
Emm..kalo nak diikutkan saya ni tak kesah...
Tapi pergi gak Klinik Annur, bagi doktor cek dlu then baru la decide nak pg mana

Kul 6.00 pagi, sempat lagi solat Subuh( Sebab pesan ustaz, selagi kita tak bersalin, wajib sembahyang even kluar lendir hitam )
Kul 6.30, kami semua ke Klinik Annur. Dinii pun ikut skali, siap mamai2 lagi...Siap bawa lagi bajunya kut2 nak mandi di sana...

Kul 7 sampai di Klinik Annur, masa tu doktor tengah uruskan seorang ibu yang baru pas bersalin...
Maknanya, doktor mmg ada kat Klinik die dah dari malam tadi...
Kul 7.10, masuk ke bilik doktor untuk scan
At first doktor check dulu denyutan jantung baby..if ok baru die teruskan
Then, doktor cek plak bukaan..
Doktor terkejut coz masa tu bukaan dah 8cm...nasib baik tak terbersalin dalam kete..
Sbb jarak dari rumah ke klinik around stengah jam
Doktor suh ikut pembantunya ke Bilik Bersalin...

Keluar dari bilik doktor, saya bincang dulu ngn suami n ma abah...
Bersalin jer la kat sni..lagipun doktor pun xde kes lain...Tenang pun tenang jer..
Masuk bilik bersalin, doktor pun ready...

Sepanjang proses bersalin, tak putus2 baca Doa Nabi Musa..dan selawat Syifa'
Dr Siti pun lembut je nasihatkan..suh bertakbir...
Dr pun tak putus2 baca ayat al-Quran...buatkan kita rasa lagi tenang
Memang banyak yang boleh dipelajari dari Dr sms meneran...
Sbb saya ni dari nak 1st sampai skrg mmg tak pandai meneran dan tahan nafas waktu meneran..
Alhamdulillah...selepas lebih kurang stengah jam..
Saya selamat melahirkan seorang baby yang cukup comel(mak mana tak cakap anaknye comel..ye x? )
kul 8.03 am..jauh lebih cepat berbanding dulu..proses nya hampir 2 jam...

Lega rasanya, syukur Alhamdulillah..baby sihat walaupun beratnya hanya 2.45kg..
Dr cakap, dgn baby seberat ni saya patutnya boleh melahirkan dalam 15 minitje berdasarkan pengalamannya
Itula..mmg tak pandai meneran...

Masa proses bersalin, suami memang sentiasa di sisi..
Holding my hand..dan tak putus usap dahi dan bacakan doa
Terima Kasih abang...

Masa proses bersalin jugak, doktor mmg tak kesah masuk ramai pun..
Masa tu my mum n abah, Dini pun masuk jgk...
Tapi keluar masuk jer la..Yang stay lama suami ajela

Selepas siap semua, saya ditolak masuk ke bilik rehat..satu bilik seorang patient
Selepas berehat dann tiada masalah after check up
dah boleh balik...
Kul 2 ptg kami balik ke rumah pada hari yang sama...
Hari tu bermulalah tempoh berpantang...
masa entri ni ditulis, sudah masuh 33 hari berpantang...skejap jer masa berlalu

P/S : nanti saya ceritakan pasal Klinik Bersalin Annur ni yer dlm entri berikutnya

WeLcOmE tO ThE WoRLd PrInCeSs

Welcome to our family..

Loving father..Tq sayang coz be there for me

Tok Ma seronok dapat seorang lagi cucu..dah 2 orang cucu Tok Ma

My two precious princess'...nampaknya nama blog ni kena tukar lain la...








[ share ] Ceritera Kelahiran Kedua

Assalamualaikum
Untuk kelahiran kedua ni panjang pulak ceritanya
Maklumlah tak expect pun bersalin sebegini awal..
Tak sakit dan takde tanda apa pun..
Just keluar coklat-coklat sikitje masa berehat2 kat umah

Masa tu masih lagi kat Gerik..mmg tak plan nak balik pun kampung pun
Dalam kul 10 pg, ada cecair coklat keluar..
masa tu bgtau suami, suami sempat buat lawak entah2 dah nak bersalin kot
sy ckp ehh..takkanla..lambat lagi tu ..masih ada lagi 2minggu
mmg masa tu kandungan dah masuk 38 minggu n nurse pun ada ckp bila2 masa je boleh bersalin

Sy call mak saya..tanya..then mak sy cakap mcm dah tanda tu
kalo nak balik..baik balik cepat2
saya ngn suami pn ape lagi...siap cepat2..masa tu dah berdebar2 dah rase..
nasib baik semua barang baby n beg ke hosp dah siap kemas
just baju kakaknye n suami je xkemas
itupun amek je mana tercapai..kul 12.30 tghari bertolak balik ke Kelantan

Masa tu mmg tak rasa sakit pun...
sampai Kelantan dlm kul 4 ptg..Alhamdulillah selamat jugak perjalanan
Mak mertua ada bagi cadangan terus ke klinik @ hospital untuk check..
sy ckp nantila dlu..pg mlm nanti..

Amek pic pintu bilik doktor je..hehe


Dalam kul 8mlm sy pergi check kat Klinik Annur Kubang Kerian
Doktor scan baby...Doc cakap bby ok..jantung ngn paru2 pun okay jer
Then doktor cek jalan plak..
Doc ckp xde bukaan pun n bby pun tinggi lagi
Mungkin yang lendir coklat keluar tu sbb banyak bergerak n contraction biasa je
Lega skejap..ehe..masa tu pk..lambat lagi kut nak bersalin...
Masa otw balik dari klinik tu sempat singgah makan2 besar lagi...
banyak plak tu...

P/S : To be continued


[ share ] Puteri Kedua Kami

Assalamualaikum...
dah dekat sbulan lebih rasanya tak update blog ni..
Alhamdulillah...saya dah selamat melahirkan puteri kedua kami 
pada 15/10/12...2 minggu sebelum due date...

Puteri kami, kami namakan Aleesya Nur Hani
Syukur sangat Allah permudahkan kelahiran kali ni
Mungkin disebabkan doa suami, ma abah dan keluarga serta kawan-kawan...



Friday, October 12, 2012

[ info ] Test Mata Anda...

Satu daripada 12 lelaki mengalami buta warna ATAU colourblind dan anda mungkin salah seorang daripadanya...

Ada yang tidak sedar warna yang mereka lihat itu adalah berlainan daripada orang lain yang melihatnya...

Selalunya Lelaki yang mengalami buta warna tidak dapat mengenali warna merah dan hijau..

Persoalannya, kenapa hanya lelaki yang mengalaminya?

Ini kerana , kromosom Y yang membawa pewarisan ini...
Seperti yang kita ketahui, kromosom lelaki adalah XY...
jadi, kebarangkalian untuk Lelaki mengalaminya adalah tinggi..
samada penghidap atau hanya sekadar pembawa...

Bagaimana nak kesan ?
Seeloknya, cuba kesan dari awal...
Ibu bapa juga perlu bertanya anak-anak tentang pembezaan warna ini

Tapi, jgn risau..ianya bukan kecacatan dan tiada rawatan untuknya...
Cuma, bila hendak mengambil ujian lesen memandu...
anda dikehendaki mendapatkan surat doktor...





[ info ] Strawberi Elak Plak Gigi



Plak gigi selalunya terbentuk daripada bakteria dengan bahan-bahan rembesan dalam mulut yang akan menghasilkan satu lapisan lembut yang menyelaputi gigi.

Segelas jus strawberri tanpa gula dan ais ternyata mempunyai zat penting yang dapat mencegah pembentukan pada plak gigi.

Ini kerana kandungan xylitol dan polifenol mampu menghambat aktiviti enzim dan mencegah plak dari berlaku.

jom baca entri ni juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...