Tuesday, October 2, 2012

[ TIP ] Tip Meneran Ketika Bersalin

Assalamualaikum...
entri kali ni saya nak kongsikan tip-tip meneran ketika bersalin
Masa lahirkan Dini dulu tak pandai teran..itu sebab lama meneran n dah hampir kehabisan tenaga
barulah baby keluar..
apapun syukur alhamdulillah semuanya selamat pd waktu tu...

Tapi ...kata orang setiap kelahiran tu berbeza...
Hopefully yang kedua ni saya lebih pandai meneran..

Di sini saya nak kongsikan sedikit tip meneran ketika bersalin...ini saya daripada pembacaan saya dan juga sedikit pengalaman yang tak seberapa ni...


1. Waktu yang sesuai untuk mula meneran
- selalunya masa yang sesuai adalah semasa bukaan mencapai 10 cm..selalunya nurse @ doktor akan cakap bila bukaan dah 10 cm..masa ni kita kan rasa sakit sangat sbb bukaan rahim...

2. Posisi yang sesuai untuk meneran
- selalunya dalam keadaan berbaring dengan lutut dilipat dan tangan dilingkarkan dipaha...

3. Cara meneran
- selalunya doktor @ nurse akan suruh kita meneran apabila terasa kontraksi yang paling kuat
-tarik nafas panjang2...then tutup mulut semasa meneran
-pastikan punggung tidak terangkat sebab dikhuatiri berlaku luka yang tidak diingini
-semasa meneran, letakkan dagu di dada agar kita nampak perut kita
-pada masa ni, suami @ sesiapa yang menemani kita akan memangku@menahan belakang badan kita

Pengalaman saya ketika lahirkan anak pertama memang sangat bernilai
Masa tu mmg tak de idea langsung macam mana meneran dengan betul
mujurlah nurse ada ajar serba sedikit
itupun saya buat kesilapan dengan meneran dengan 'tekak'..maksudnya tekak akan berasa sakit
masa tu juga nurse ada cakap teran macam nak buang air besar...

Emm..apapun..setiap kelahiran adalah berbeza...
Harap sangat dipermudahkan bersalin..
Amin..

[ SHARE ] Kuasa Allah...Matahari Hari Ini...

Salam...

Hari ini 02/10/12 yang tinggal area Klang and KL dpt tgk SunHalo
at first masa frens upload pic dlm FB igtkan just sharing
tp rupanya betul2 berlaku hari ni

Maha Besar Kuasa Allah
Pencipta Alam
sangat menakjubkan walaupun tak tengok sendiri fenomena tu
layan pic yang saya amek dari kawan sy ni...Tq fren


[ SHARE ] Langsir Ringkas Yang Awesome

Salam...
untuk raya hari tu awal2 dah berazam nak tukar langsir baru...
tapi tak kesampaian sbb tak sempat
nak yang seringkas2nye...tp tak sempat gk
huhu...

mula2 tu ada view gak latest design..
tp nmpak cam berat jer hiasannya
saya suka yg simple..plg penting kena English style..

hehe..jom view pic2 ni...
harapnya tahun dpn smptla tukar...

yg ni mix itam dan putih


light coklat pun lawa gak ni kan....

grey...sarat tak?


I like.....




Sunday, September 30, 2012

[ SHARE ] Kenangan Konvo Kami...

Salam...
tgh nak delete pic2 yg tak perlu dlm lappy ni
tiba2 terjumpa folder ni..hehe
KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA

Actly.kami suami isteri produk UM..
Tarikh konvo pun sama...
so masa nilah kedua2 family kami bertemu..
memperkenalkan keluarga masing2...

best sangat rasenye masa tu...Direstui...

Jom layan pic2 ni..hehe...

dua keluarga bertemu...

US...kat jabatan Kimia

amek scrol



Sunday, September 23, 2012

[ SHARE ] BAHAYA ROTAVIRUS...


Rotavirus, sejenis virus berbahaya yang menjadi punca cirit-birit teruk terutama di kalangan kanak-kanak.

Ia bukan sahaja berjangkit di kalangan bayi, malah kanak-kanak yang berusia di bawah lima tahun juga berpotensi dijangkiti virus berbahaya ini.
Profesor Paediatrik Fakulti Perubatan dan Perunding Kanan Gastroenterologist dan Hepatologist Paediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof. Dr. Lee Way Seah berkata, rotavirus adalah penyebab utama gastroenteritis teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak di seluruh dunia.

"Di negara membangun, rotavirus gastroenteritis adalah penyebab utama kematian kanak-kanak dan mengakibatkan sebanyak setengah juta kematian setiap tahun di kalangan kanak-kanak di bawah usia lima tahun.

"Rotavirus menjangkiti dan merosakkan sel-sel usus kecil yang mengakibatkan gastroenteritis. Ia adalah penyebab utama cirit-birit dehidrasi yang teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak," katanya.

Tambahnya lagi, rotavirus tidak memilih mangsa dan tempat untuk dijangkiti walaupun berada di tempat dengan air bersih dan sanitasi yang baik.

"Hampir semua kanak-kanak akan dijangkiti rotavirus menjelang usia lima tahun.
"Kajian terkini menunjukkan bahawa 86.1 peratus daripada kes gastroenteritis rotavirus berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berusia antara tiga dengan 35 bulan," kata Dr. Lee.

Ujarnya lagi, mengekalkan tahap kebersihan yang tinggi sahaja adalah tidak mencukupi untuk mencegah jangkitan rotavirus.

"Namun demikian, vaksin rotavirus telah didapati paling berkesan dan selamat dalam pencegahan jangkitan rotavirus di kalangan kanak-kanak.

"Kami menyeru semua ibubapa di Malaysia membuat pertimbangan untuk memvaksinkan bayi mereka terutama bayi yang berumur kurang dari enam bulan dengan vaksin rotavirus untuk melindungi mereka daripada sebarang jangkitan," katanya.
Ujarnya lagi, adalah sukar untuk membezakan cirit-birit yang disebabkan oleh rotavirus dengan yang disebabkan oleh jangkitan lain.

" Perbezaan ini sukar dikenalpasti kerana simptomnya mungkin sama. Walau bagaimanapun, simptom jangkitan rotavirus selalunya lebih serius daripada cirit-birit akibat jangkitan lain.

"Antara simptom jangkitan yang boleh dikenalpasti adalah muntah yang berlanjutan sehingga lapan hari, cirit-birit yang teruk melebihi sepuluh hari, sakit pada bahagian abdomen dan demam yang berlarutan," kata Dr. Lee.

Menurut beliau, cirit-birit yang berlanjutan sehingga tiga minggu dan muntah secara kerap boleh menyebabkan dehidrasi iaitu kehilangan cecair dalam badan.

"Jika keadaan ini tidak dirawat, dehidrasi yang teruk boleh mengakibatkan kerosakan organ, kejutan malah kematian di kalangan kanak-kanak," ujarnya lagi.

Dr. Lee berkata, kanak-kanak boleh menyebarkan rotavirus sebelum dan selepas mereka jatuh sakit. Demikian pencegahan dan perlindungan dari ibu bapa dapat mengelak virus ini menjangkiti mereka.

"Pembasmian kuman pada alat permainan dengan kerap dan mengamalkan amalan kebersihan diri yang baik iaitu mencuci tangan sebelum mengendalikan makanan, selepas menggunakan tandas dan selepas menyentuh permukaan yang tercemar.

"Selain itu mereka juga dinasihatkan mengambil pelalian rotavirus kerana kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus mengumuh 100 billion partikel virus setiap gram najis dan hanya 10 partikel rotavirus yang berjangkit sudah cukup menyebabkan berlaku jangkitan," kata Dr. Lee.

Menurut beliau, walaupun amalan kebersihan diri yang baik merupakan langkah pencegahan yang lazim, kesannya adalah terhad untuk mencegah penyebaran rotavirus.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan pelalian rotavirus sebagai sebahagian daripada program imunisasi bayi kerana ia merupakan strategi pencegahan terbaik terhadap jangkitan rotavirus.

Menyedari kepentingan mencegah virus berjangkit ini kepada kanak-kanak di Malaysia, GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn. Bhd (GSK) dengan kerjasama MumCentre telah melancarkan kempen Memerangi Rotavirus ( Fight Against Rotavirus.)

Pengarah Unit Perniagaan, Vaksin, GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn. Bhd,Henri Antaki berkata, dalam memupuk kesedaran tentang rotavirus gastroenteritis, beberapa inisiaitif telah dikenalpasti untuk mendidik ibu bapa sepanjang tempoh kempen dilakukan.
"Antaranya ialah kelas antenatal anjuran institusi-institusi kesihatan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada ibu bapa tentang cara-cara melindungi bayi mereka daripada jangkitan.

"Rota Week juga merupakan satu platform pendidikan tentang rotavirus yang berperanan menyalurkan maklumat selain kempen ini turut melibatkan penerbitan dan penyebaran bahan-bahan pendidikan sebagai sumber kepad ibu bapa," katanya.

P/S : ARTIKEL BERMANFAAT INI PUN SAYA AMEK DARI UTUSAN ONLINE..Tq...

jom baca entri ni juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...