Apa kelebihan Selawat Syifa?
Sebagai penawar kepada penyakit zahir dan
batin jika diamalkan selalu, insyaAllah.. Tetapi hanya Dialah yang
memberikan penyakit dan menyembuhkan jua, kita manusia hanya berikhtiar
dan berdoa.
1.Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali,
nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda - (Hadis
Riwayat Muslim.)
2.Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat
sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3.Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari,
insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4.Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan
minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5.Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu
akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6.Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan
dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk
menerokai pelbagai ilmu.
7.Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin
Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8.Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada
malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang
dihadapi oleh para nabi.
9.Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan
daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam
dirinya.
10.Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat,
insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di
akhirat.
11.Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah
akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang
lain.
12.Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami
akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13.Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap
hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha
mencari keredhaan-Nya.
14.Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin
keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita
menghadapi kesukaran hidup.
15.Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat
Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada
sebarang bencana.
16.Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah
akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17.Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan
kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat
keampunan daripadaNya.
18.Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan
terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang
melalaikan.
19.Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan
memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan
Allah.
20.Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat
berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda
SAW.
21.Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW
dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22.Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap
selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan
dosa-dosa kecil seseorang.
23.Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah
akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
24.Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah
berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.
25.Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak
kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak
penyakit berbahaya yang lain.
26.Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu
menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan
hajatnya.
27.Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam
kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai
solat Maghrib.
28.Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik
dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti
dengan usaha yang berterusan.
29.Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100
kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan
keadaan bercahaya - Hadis Riwayat Abu Naim.
30.Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu
pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku
pada hari kiamat - Hadis Riwayat Thabrani
Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat.
Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda
Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam
orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.