1.Dibelenggu para syaitan dan jin.
Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu,
manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat
maksiat di bulan ini.
“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin
yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)
Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih
ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk
menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu
mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi
dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan
Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka
manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari
& Muslim)
2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.
“ Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi
balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat
pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun
solat jumaat. Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin
yang tidak mampu mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan
adalah solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda
pahala. Sedekah RM1 dalam bulan Ramadhan adalah sama dengan RM70 di luar
Ramadhan.
“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari
terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang
kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu
bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan
yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail
(beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan
dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan
sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan
sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia
mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula
malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai
orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai
orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya;
(ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan
neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan
pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)
3. Pintu neraka ditutup.
Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam
perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan
Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang
berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.
4. Dibuka semua pintu syurga.
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang
bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat
Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah
rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini.
Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.
5. Allah perhiaskan syurga.
Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir
oleh akal manusia. Bidadari berpantun minta disegerakan bertemu bakal suaminya
di syurga.
Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun
kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di
bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga,
terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya,
seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari
sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas
bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ?
Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini? Jawab Malik Ridhwan ,
hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan.
6. Dilepaskan tahanan neraka
Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba
yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua
orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”
7.Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah
Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang
kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya,
telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka
alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang
dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan.
Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan
diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita
mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga
akan mendapat keampunan.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang
mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat
Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith
Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang
tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar
yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu
hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih –
Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“
8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang
mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat
Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith
Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail
(solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda
bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan
mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah
lalu.”
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang
berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang
telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail
dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu
dan yang akan datang.
Rasulullah bersabda “Siallah (rugilah) puasa orang yang tidak mendapat
keampunan”
P/S : Jadi, jom sama2 cari keberkatan dan pahala di bulan yang mulia ini.