Sunday, September 30, 2012

[ SHARE ] Kenangan Konvo Kami...

Salam...
tgh nak delete pic2 yg tak perlu dlm lappy ni
tiba2 terjumpa folder ni..hehe
KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA

Actly.kami suami isteri produk UM..
Tarikh konvo pun sama...
so masa nilah kedua2 family kami bertemu..
memperkenalkan keluarga masing2...

best sangat rasenye masa tu...Direstui...

Jom layan pic2 ni..hehe...

dua keluarga bertemu...

US...kat jabatan Kimia

amek scrol



Sunday, September 23, 2012

[ SHARE ] BAHAYA ROTAVIRUS...


Rotavirus, sejenis virus berbahaya yang menjadi punca cirit-birit teruk terutama di kalangan kanak-kanak.

Ia bukan sahaja berjangkit di kalangan bayi, malah kanak-kanak yang berusia di bawah lima tahun juga berpotensi dijangkiti virus berbahaya ini.
Profesor Paediatrik Fakulti Perubatan dan Perunding Kanan Gastroenterologist dan Hepatologist Paediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof. Dr. Lee Way Seah berkata, rotavirus adalah penyebab utama gastroenteritis teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak di seluruh dunia.

"Di negara membangun, rotavirus gastroenteritis adalah penyebab utama kematian kanak-kanak dan mengakibatkan sebanyak setengah juta kematian setiap tahun di kalangan kanak-kanak di bawah usia lima tahun.

"Rotavirus menjangkiti dan merosakkan sel-sel usus kecil yang mengakibatkan gastroenteritis. Ia adalah penyebab utama cirit-birit dehidrasi yang teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak," katanya.

Tambahnya lagi, rotavirus tidak memilih mangsa dan tempat untuk dijangkiti walaupun berada di tempat dengan air bersih dan sanitasi yang baik.

"Hampir semua kanak-kanak akan dijangkiti rotavirus menjelang usia lima tahun.
"Kajian terkini menunjukkan bahawa 86.1 peratus daripada kes gastroenteritis rotavirus berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berusia antara tiga dengan 35 bulan," kata Dr. Lee.

Ujarnya lagi, mengekalkan tahap kebersihan yang tinggi sahaja adalah tidak mencukupi untuk mencegah jangkitan rotavirus.

"Namun demikian, vaksin rotavirus telah didapati paling berkesan dan selamat dalam pencegahan jangkitan rotavirus di kalangan kanak-kanak.

"Kami menyeru semua ibubapa di Malaysia membuat pertimbangan untuk memvaksinkan bayi mereka terutama bayi yang berumur kurang dari enam bulan dengan vaksin rotavirus untuk melindungi mereka daripada sebarang jangkitan," katanya.
Ujarnya lagi, adalah sukar untuk membezakan cirit-birit yang disebabkan oleh rotavirus dengan yang disebabkan oleh jangkitan lain.

" Perbezaan ini sukar dikenalpasti kerana simptomnya mungkin sama. Walau bagaimanapun, simptom jangkitan rotavirus selalunya lebih serius daripada cirit-birit akibat jangkitan lain.

"Antara simptom jangkitan yang boleh dikenalpasti adalah muntah yang berlanjutan sehingga lapan hari, cirit-birit yang teruk melebihi sepuluh hari, sakit pada bahagian abdomen dan demam yang berlarutan," kata Dr. Lee.

Menurut beliau, cirit-birit yang berlanjutan sehingga tiga minggu dan muntah secara kerap boleh menyebabkan dehidrasi iaitu kehilangan cecair dalam badan.

"Jika keadaan ini tidak dirawat, dehidrasi yang teruk boleh mengakibatkan kerosakan organ, kejutan malah kematian di kalangan kanak-kanak," ujarnya lagi.

Dr. Lee berkata, kanak-kanak boleh menyebarkan rotavirus sebelum dan selepas mereka jatuh sakit. Demikian pencegahan dan perlindungan dari ibu bapa dapat mengelak virus ini menjangkiti mereka.

"Pembasmian kuman pada alat permainan dengan kerap dan mengamalkan amalan kebersihan diri yang baik iaitu mencuci tangan sebelum mengendalikan makanan, selepas menggunakan tandas dan selepas menyentuh permukaan yang tercemar.

"Selain itu mereka juga dinasihatkan mengambil pelalian rotavirus kerana kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus mengumuh 100 billion partikel virus setiap gram najis dan hanya 10 partikel rotavirus yang berjangkit sudah cukup menyebabkan berlaku jangkitan," kata Dr. Lee.

Menurut beliau, walaupun amalan kebersihan diri yang baik merupakan langkah pencegahan yang lazim, kesannya adalah terhad untuk mencegah penyebaran rotavirus.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan pelalian rotavirus sebagai sebahagian daripada program imunisasi bayi kerana ia merupakan strategi pencegahan terbaik terhadap jangkitan rotavirus.

Menyedari kepentingan mencegah virus berjangkit ini kepada kanak-kanak di Malaysia, GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn. Bhd (GSK) dengan kerjasama MumCentre telah melancarkan kempen Memerangi Rotavirus ( Fight Against Rotavirus.)

Pengarah Unit Perniagaan, Vaksin, GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn. Bhd,Henri Antaki berkata, dalam memupuk kesedaran tentang rotavirus gastroenteritis, beberapa inisiaitif telah dikenalpasti untuk mendidik ibu bapa sepanjang tempoh kempen dilakukan.
"Antaranya ialah kelas antenatal anjuran institusi-institusi kesihatan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada ibu bapa tentang cara-cara melindungi bayi mereka daripada jangkitan.

"Rota Week juga merupakan satu platform pendidikan tentang rotavirus yang berperanan menyalurkan maklumat selain kempen ini turut melibatkan penerbitan dan penyebaran bahan-bahan pendidikan sebagai sumber kepad ibu bapa," katanya.

P/S : ARTIKEL BERMANFAAT INI PUN SAYA AMEK DARI UTUSAN ONLINE..Tq...

Maybank Legoland Bloggers Contest


Blog about “Why Maybank should give me tickets to Legoland” 

You could win free tickets!

Maybank - Legoland Bloggers Contest is a contest open to all Malaysian residents. Bloggers will blog about why they would like Maybank to give them tickets to Legoland and they will stand a chance to win tickets to visit Legoland!

Contest Period
11 - 30 September 2012 (Winners can visit Legoland in December 2012 School holidays)

Prizes
  • Grand Prizes - One (1) pair of Season Tickets to Legoland Malaysia
  • 10 pairs of Day Passes to Legoland Malaysia

How to participate
  1. You are required to write a short blog post in your own blog about "Why Maybank should give me tickets to Legoland" (in less than 500 words). 
  2. Judging criteria will include creativity, originality, and elements of humour.
  3. You are allowed to use images or videos to make your post more interesting. 
  4. After you have published the post in your own blog, you will need to email the details of the submission including your Name, IC Number, Address, Contact Number, and the web link of the post in your blog to social@maybank.com.my

[ share ] KURANGKAN SAKIT KETIKA BERSALIN...





ARTIKEL INI SAYA AMBIL DARI Utusan Malaysia...Jom Kongsi 

Soalan

Dr., saya ada mendengar tentang kesan buruk epidural ketika bersalin. Ada yang mengatakan ia tidak baik untuk buah pinggang kelak. Adakah ia benar? Saya juga ingin tahu apakah kaedah ini pilihan terakhir untuk mengurangkan rasa sakit ketika bersalin. Sebagai ibu yang mengandung lapan bulan dan bakal melahirkan anak sulung, saya juga ingin tahu adakah saya perlu mengamalkan teknik pernafasan yang betul ketika bersalin normal dan apakah yang perlu dilakukan untuk mengelak anak berada dalam kedudukan songsang?

Sheila, Kedah.

Jawapan

Tahniah Puan Sheila kerana dalam sebulan lagi anda akan bergelar ibu. Terima kasih juga kerana soalan yang diutarakan amat praktikal sekali. Sudah tentu persoalan di atas sentiasa muncul di minda puan buat masa ini. Insya-Allah saya akan cuba memberi penerangan.

Memang tidak semua wanita bertuah dan dapat melahirkan anak tanpa masalah. Setiap wanita mempunyai pengalaman bersalin yang berbeza-beza. Bahkan bagi seorang ibu, pengalaman melahirkan setiap anak juga tidak serupa. Kesakitan ketika melahirkan anak menyebabkan ada sesetengah wanita serik untuk hamil lagi. Sebenarnya ada pelbagai kaedah untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin. Antaranya kaedah teknik pernafasan (dikenal juga sebagai Lamaze) untuk melegakan ketegangan otot pelvis, suntikan ubat-ubatan, sedutan gas Entonox dan juga kaedah epidural.

Kaedah teknik pernafasan (kaedah Lamaze) merangkumi cara berehat dan senaman tarik nafas yang dilakukan kebanyakan ibu ketika mengandung seperti diajar dalam kelas antenatal. Lebih baik jika suami turut mempelajari kaedah ini. Kesakitan bersalin juga disebabkan ketegangan pada otot pelvis dan kaedah ini membolehkan otot pelvis menjadi tidak tegang dan seterusnya dapat mengurangkan kesakitan. Sebahagian wanita hanya memerlukan kaedah ini untuk mengurangkan kesakitan dan ia lebih bersifat semula jadi.

Ubat-ubatan Suntikan ubat opiod iaitu yang sama kumpulan dengan morfin atau pethidin diberi ketika sakit bersalin dan menghalang otak daripada merangsang deria kesakitan. Bagaimanapun, ubat opiod ini boleh menyebabkan seseorang ibu merasa khayal dan mengantuk. Malah, bayi yang lahir juga mungkin boleh mendapat kesannya dan biasanya bayi diberi ubat antidot iaitu naloxone sejurus selepas dilahirkan. Sedutan gas Entonox (campuran gas oksigen dan nitrus oksida) memberi kesan sama, iaitu menghalang deria rasa daripada mengalami kesakitan dan sampai ke otak, tetapi ia juga boleh menyebabkan wanita mengantuk dan kurang cergas ketika bersalin.

EpiduralPenggunaan suntikan epidural adalah bertujuan mengelakkan kesakitan terutamanya ketika puan memilih cara tersebut untuk bersalin tanpa kesakitan.

Suntikan epidural diberi apabila pesakit mula menunjukkan tanda hendak bersalin. Epidural menahan kesakitan bersalin dengan menghalang buat sementara waktu saraf yang bermula dari rahim ke otak.
Suntikan epidural ini mempunyai kebaikan seperti dapat menahan kesakitan pada fasa pertama dan kedua kelahiran, tidak memberi kesan mengantuk pada ibu, memberi bius untuk kelahiran secara forceps atau vakum, jahitan episiotomi dan meneruskan khidmat bius jika memerlukan kelahiran secara pembedahan caesarean. Ia juga menyebabkan salur darah mengembang, melancarkan peredaran darah kepada bayi dan secara tidak langsung mengurangkan risiko bayi lemas. Epidural adalah ubat tahan sakit paling selamat dan sangat diperlukan ibu yang ada masalah kesihatan seperti sakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Bagaimanapun, epidural tidak menjamin 100 peratus dapat mengurangkan kesakitan kerana kadangkala faktor posisi ketika pemberian epidural dan abnormaliti pada struktur tulang belakang yang bengkok (kifosis dan skoliosis) menyebabkan kesukaran mendapat posisi jarum epidural di kawasan lumbar tulang belakang.

Kebanyakan wanita yang memilih suntikan epidural menyatakan ia memberi kelegaan kesakitan. Hampir semua yang pernah diberi suntikan epidural ingin melakukannya sekali lagi pada masa depan. Kajian membuktikan epidural tiada kesan sampingan jangka panjang. Saya sendiri pernah berpeluang menjalani kaedah epidural semasa bersalin anak ketiga hingga kelima. Ia pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan semasa menjalani proses kelahiran. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Moga proses kelahiran yang akan puan alami juga sedemikian!

Rungutan atau dakwaan bahawa suntikan epidural menyebabkan sakit belakang atau sakit pinggang kemudian hari adalah tidak benar. Ini kerana selepas bersalin normal tanpa epidural pun, sakit belakang tetap wujud disebabkan faktor berat badan, regangan pada kulit dan otot, serta postur ketika mengandung. Kaedah epidural sama sekali tidak menyebabkan masalah atau penyakit pada organ buah pinggang seseorang.

Kesan sampingan yang biasa dialami adalah tidak selesa akibat kekebasan pada bahagian bawah badan. Biasanya kebanyakan wanita dapat menerimanya sebagai ketidakselesaan sementara. Selain itu, ia boleh menyebabkan tekanan darah rendah (hipotensi) dan tidak dapat membuang air kecil dengan sendiri (mungkin memerlukan tiub kencing) buat sementara waktu. Biasanya pakar bius memberi ubat bius epidural berdos rendah yang berkesan untuk mengelak masalah ini.

PernafasanAdalah elok jika puan dan suami berpeluang mempelajari teknik pernafasan yang betul. Teknik ini dapat membantu puan semasa proses bersalin nanti. Lebih baik jika menarik nafas panjang apabila merasakan kontraksi bermula dan bernafas atau meniup nafas keluar secara perlahan sambil meneran. Ini akan mengelakkan daripada mencederakan tekak dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat. Ia juga penting untuk menghasilkan satu peneranan yang kuat.

Kedudukan bayi songsang sebenarnya adalah normal pada peringkat awal kehamilan, 20 peratus ibu yang mengandung, biasanya akan mengandungkan bayi songsang pada peringkat awal. Kedudukan bayi songsang tersebut biasanya akan berubah pada peringkat pertengahan kandungan. Proses peralihan kedudukan kandungan ini akan berlaku secara automatik pada minggu ke-28 hingga minggu ke-32 usia kandungan.

Jangan puan risau kerana buat masa ini kandungan puan pada minggu 32 usia kandungan. Insya-Allah bayi puan akan berada dalam kedudukan normal (sefalik) pada temu janji yang seterusnya.

p/s : EMM...Nampaknya kena cari info pasal pernafasan Lamaze pulak...

Friday, September 21, 2012

[SHARE] Jamuan raya...

slm...
bln syawal aritu bykla jgk dpt undangan mjlis raya...
sbb bertmbh berkilo2...huhu..
kna warning ngn nurse sbb naik mendadak...
emm..kna diet jgk ni...
bkn ap
e...utk kesihatan diri ngn bdk jgk...

pic ni masa g jamuan raya kat sek enhubby...
layannnn...






Monday, September 17, 2012

[ share ] KEDAI KATIL BABY

Salam...
ini respons untuk kawan2 yang bertanya kat mana saya beli katil baby tu

katil ni saya beli kat Kiddies Enterprise..Manjung
area manjung ngn Setiawan mmg banyak kedai barangan baby
yang baru dan paling besar Manjaku Baby...




Saturday, September 15, 2012

[ share ] KUIZ APA KATA WANITA..

Salam..
masa bulan puasa lepas saya tgk Apa Kata Wanita...
niat asal nak tgk yang demo masakan menggunakan Pemanggan Ajaib jer..
alih2 ada plak Kuiz pasal Pemanggan ni...
so..cam senang jer soalan die...
saya anta la emel nyer...

kalo tak silap soalannya tanya panjang pemanggang ajaib kut...
hehe..bukan ukur kat dapur pun...mmg diberitahu...


ni Zamzarina sendiri yang balas emel tau..hehe..yeke...


siap ada iklan lagi tu kat emel saya...
layan jer


tapi sampai skg xde org contact pun
rasenye tak menang la kut..hihihi...
tak bernasib baik..
lagipun rasanya ramai yang masuk kuiz ni...

apepun...sy ni jarang join contest...
ntah nape leh pasang niat plak...


[ SHARE ] Doa Selamat...

Salam...
lately terasa malas plak nak update blog
emm..dah dkat trimester akhir ni...
banyak2kan jugak la baca2 al-quran
dan doa2...semoga dipermudahkan semua...amin

skrg ni saya kat kg..klantan...
balik cz cuti 3  hari sempena hari Malaysia
actly ada buat kenduri doa selamat sikit...
solat hajat sempena adik bongsu nak spm n saya...
insyaallah n alhamdulillah...
solat hajat sendiri pun ada buat jugak
ustaz cakap itu lebih afdal...

sekarang dah masuk 33 minggu usia kehamilan
semoga anak mama sihat...sempurna zahir dan batin
lahir nanti jadi anak yang soleh/solehah ye sayang...




Saturday, September 8, 2012

[ SHARE ] Yang Dah Kena Ready...

Salam...
sbb minggu ni dah masuk 8bln...
semuanya kena ready dah
nurse pun dah advice supaya barang2 baby dah kena setel
Alhamdulillah..dah bersedia sikit2 dari segi kelengkapan

Tapi...
yang penting jugak kena amek GL dari opis
isi borang cuti
buat senarai semak untuk tugas
SKT pun nak kena hantar

Barang2 baby mcm tuala,selimut,baju2, mandian
semuanya dah ready

yang recycle...lampin, mosquito net , tilam , bakul baby...
nama jer recycle...
tapi masih baru tau...hehe
sbb jarang guna

for mama...
pad
minyak mastika
stokin
tablet perawan
tabley haruan(tak jumpa lagi ni)

semuanya kena ready dalam bag
dan kalo nak pergi ke perjalanan jauh
cth balik kangpung..dah kena ready dalam kete


[ SHARE ] Moga dipermudahkan semuanya...Amin

Salam...
minggu ni dah masuk 32 weeks of pregnancy..means dah lapan bulan
expected due 30/10...
mungkin ambil 1 minggu awal cuti sebelum due...

Alhamdulillah...syukur ya Allah...
baby makin kuat menendang dan bergerak...
walaupun kadang2 terasa penat..tapi itulah manisnya menjadi pregnant mummy...

sekarang ni berat badan dah naik sgt2...
mggu lepas timbang naik 1kg dlm masa 2mggu
terkejut jugak...nasib baik tak kena minum air gula lagi
nurse cakap mungkin saya makan banyak waktu raya tu
mmg pun...rendang ngn lemang..mmg jadi feveret plak time raya ni...

masa dlm bulan puasa, nurse ada tegur coz berat naik sedikit jer
mgkin sbb berpuasa kot..so mkn pn 2kali jela
tapi sy tak pernah lupa ambil vitamin Obimin pluz dan minum susu Anmum Materna
itulah yang membuatkan saya kuat setiap hari semasa berpuasa
Alhamdulillah..baby pun ok...

Jadi..plan seterusnya...saya nak...
banyakkan berselawat Syifa'...
banyakkan baca doa nabi Yunus
baca surah2 yang penting untuk ibu mengandung...selain surah lain juga
buat solat hajat semoga dipermudahkan semasa mengandung dan proses bersalin
selalu minum air zam zam
selalu minta ampun dari suami..paling penting redha suami
banyakkan baca al-Maa'thurat
banyakkan makan kurma

Tinggal lebih kurang sebulan lebih lagi dari tarokh due..
berdebar ada...takut ada..gembira pun ada...
even dah ada pglmn lahirkan anak pertama..still lagi takut2
orang kata setiap anak ni kelahiran dan kesakitannya berbeza..







[ DOA ] 9 WAKTU MUSTAJAB MENASIHATI ANAK


JOM SAMA2 SHARE...

INI PUN SAYA DAPAT DARI Fb Anak Alidz..

tq so much...

smoga kita semua sentiasa menjadi ibu bapa yang lebih baik dari hari ke hari

Friday, September 7, 2012

[ DOA ] SELAWAT SYIFA'


Apa kelebihan Selawat Syifa? 
Sebagai penawar kepada penyakit zahir dan batin jika diamalkan selalu, insyaAllah.. Tetapi hanya Dialah yang memberikan penyakit dan menyembuhkan jua, kita manusia hanya berikhtiar dan berdoa.

1.Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda - (Hadis Riwayat Muslim.)

2.Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3.Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4.Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5.Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6.Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7.Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8.Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9.Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.

10.Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

11.Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12.Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13.Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.

14.Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15.Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16.Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17.Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18.Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19.Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20.Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21.Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22.Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

23.Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24.Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.

25.Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26.Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27.Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28.Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29.Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Hadis Riwayat Abu Naim.

30.Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - Hadis Riwayat Thabrani

Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.

[ doa ] DOA NABI YUNUS A.S

" Lailahaillaanta Subhanakainnikuntuminazzolimin"
 
Maksudnya : Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim.

Doa nabi Yunus ini dibaca ketika kita dalam kesusahan atau kesempitan. Ketika kita berasa bersyukur ataupun boleh diamalkan sepanjang masa.



Thursday, September 6, 2012

[ share ] TRAGEDI SEMINGGU SBLM RAYA...

Salam
alkisahnya...my girl fisrt time main bunga api kat umah tok bah nye
masa ni ok jer..seronok sangat
lagipun ayh cik nye pun melayan jer

nak dijadikan cerita...second time main bunga api masa kat umah ni...
seronok bkn main..
dah nak abes bunga api yg ke4 tu..tetiba apinya terjatuh atas kaki my girl..
ape lagi..menangis la die..
masa tu saya kat dapur tgh panaskan lauk...
my hubby temankan die main
makin lama makin kuat...menjerit2 ckp 'akit akit'

melecur kakinya..menangis tak berhenti tu..
panik pulak abahnye...
dah pujuk..tiup...letak minyak gamat pun stil lagi tak mau brenti nangis
berdukung jer..dekat stengah jam jugak la nangis...
last2 pujuk naik kete pg round taman kami ni

masa dah sampai area rumah tu mcm dah trauma pulak..
tak mau masuk umah..sambung lagi nangis


Wednesday, September 5, 2012

ITALIAN SILK DIGITAL...Hanya RM 75 Free pos

Assalamualaikum...
jemput tengok item dari Dinee Collection ni yer...

harga promo RM 75 free postage
kain lembut , sejuk, terletak n tak jarang
saya sendiri pun jadi customer...
sesiapa berminat boleh pm saya di FB saya yer

 












 

Monday, September 3, 2012

{ ADV } NEW POSTPAID PLAN BY MAXIS


BAYAR RM 46 SETIAP BULAN
ANDA AKAN DAPAT 400 MINIT MASA BERCAKAP PERCUMA 
DAN 200 SMS PERCUMA KE SEMUA NOMBOR

UNTUK RANGKAIAN MAXIS DAN HOTLINK YANG SAMA
5 SEN SEMINIT DAN HANYA 5 SEN PER SMS




JIKA BERMINAT...BOL ETAU MAKLUMAT LANJUT DI SINI YER

[ share ] Aleesya Masih Demam...

Salam...
masa entri yang dulu, ingatkan Aleesya dah elok demam.
rupanya demamnya tak kebah
last pergi klinik Azhar kat Gerik
Doktor bagi ubat masuk ikut punggung
tahan 12 jam..tp after 12 jam..demam balik..badannya panas lagi
Masyaallah..mama pun dah nak menangis masa tu
kenapa la anak aku belum lagi kebah demamnya...
dah masuk 6 hari waktu tu
jadi saya ngn suami amek keputusan bawak jer jumpa pakar
kat Gerik ni mungkin ada kat Hospital Gerik...tapii mungkin kena tunggu lama la

so , kitorg decided nak pergi Sungai Petani
dalam 1 jam stengah jugak perjalanan
agen Prudential kami cakap pergi Hospital Pantai...senang..
lagipun die leh ada kat sana
actly...sy ada amek Takaful Prudential BSN untuk Aleesya
so..antara Hospital panel nye adalah Hospital Pantai, Metro, Kedah Medical Centre kalo area Kedah la

Dah sampai kat sana...agen dah ada menunggu
lagipun kitrg first time datang sni..so xtau sangat la
kat sni senang coz ada Doktor Pakar Kanak-kanak
at first, Aleesya tak perasan tu adalah hospital
so..dia tak nangisla
lagipun bilik doktor tu ada tampal ABC besar2 kat dinding
die ingatkan skolah...huhu..anakku oh anakku
tapi dah masuk tu..nampak orgnye kat dalam pakai stetoskop
ha..dah tau tu doktor...n klinik
ape lagi..mula la menangis nak balik umah
phobia betul die ngn doktor..tak tau la ngape...bukannye slalu takutkan die pun
last2 doktor ajak pergi kat taman permainan(indoor)...die nak cek kat situ jer
huh..dah namanya pakar..senang ajer memujuk
tapi..tak makan saman gak..still menangis nak balik umah
nurse pun dah siap bagi mainan pelekat2 kat die..amek jer..tapi xnak bagi check...

dlm kekalutan tu..sempat juga nurse ukur suhu..tinggi sangat 37.5 celcius
doktor cek telinga ngn tekak...
katanya telinag Aleesya merah sangat...kedua2 belah plak tu
masa tu saya cakap die ada mengadu sakit telinga..tapi tak bagi orang tengok
sentuh lagi la
doktor cakap kalo demma 2-3 hari biasa bagi kanak-kanak
tapi kalo dah nak masuk seminggu ...doktor suspect usus or paru2
itu yg kena cek dulu tu
doktor cakap bagi ubat dulu..ubat demam, antibiotik, ear drop ngn tekak
fuh..bab ubat ni la yang seramnya...susah nak mengepung nya makan ubat..
lagi2 antibiotik kena abeskan
tapi...turutkan jugak la..sbb nak anak sehat kan...
doktor ckp if tak kebah jugak...kna datang balik..then kena warded la

otw balik ke Gerik...Aleesya tido..badan still panas..tak sempat suap ubat pun...
masa tidur tu..saya titik kan ubat telinga  
masa otw balik..hingus die kuar warna coklat..punye la panik masa tu
suami berentikan kereta di tepi jalan
kami patah balik..igt nak ke hospital balik
tp sy bg cadangan tidur hotel jer,,,if ape2 dah dekat ngn hospital..
so, kitrg  stay la kat Hotel Seri Malaysia Sungai Petani..
chenk in 30/8..means malamnya sambutan Kemerdekaan la
tak pasal2 bercuti pulak karna si Aleesya

Kuasa Tuhan Masa Kaya
malam tu check suhu Aleesya..turun ke 36 celcius...
lega sangat hati ni..
tapi malam tu tetap tak lena  tidur coz nak tgk keadaan die la
alhamdulillah dah beransur sejuk badannya...
kali kedua titik ubat telinga kul 12 malam
dan die tido lena sangat...bangun pagi dah tak demam
alkisahnya..ubat demam n antibiotik tak makan sbb demam dah kebah
tapi kena sentiasa alert gak la kut2 panas balik...

sekarang...Alhamdulillah..dah aktif macam dulu dah
main basikal..cakap banyak...very talkative
kalo tak masa demam tu...nak buka mata pun tak larat
badan lemah..makan tak nak..seb baik susu nak minum...

Terima kasih la untuk semua doktor dan nurse yang merawat anak saya sepanjang demam ni...
Hanya Allah yang boleh membalasnya...
itu baru anak demam...tak keruan jadinya..
tapi kena sentiasa ingat...semuanya kuasa Allah Taala..
kan2?

sekian...
 

jom baca entri ni juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...