Monday, September 2, 2013

Ketagih Hisap Puting

Assalamualaikum..
hari ini nak kongsikan pasal ketagihan puting tiruan di kalangan kanak-kanak
Entri ni adalah hasil bacaan saya dari akhbar berita harian

Rata-rata ibu bapa memberikan puting tiruan kepada anak-anak sejak dari bayi lagi dengan harapan anak-anak kurang merengek dan cepat tertidur ataupun tidur lebih lama...

Perbuatan ini akhirnya menjadikan ibu-ibu sukar memisahkan puting tiruan ini daripada anak-anak walaupun anak2 sudah berusia 7 tahun..

Jika dirujuk dari segi kesihatan, puting bukan tabiat yang bagus kerana tidak mengandungi sebarang nutrien dan boleh menjejaskan berat badan bayi atau kanak-kanak.

Masalah yang dikaitkan dengan puting :
1 ) ia boleh menghalang pertumbuhan. aktiviti menghisap memerlukan tenaga dan penggunaan berleihan akan menyebabkan mereka tidak mahu menyusu.

2) menghisap puting boleh menyebabkan jangkitan bahagian tengah telinga . membiarkan ia berpanjangan dan berterusan akan boleh mengubah tekanan dalam telinga tengah.

3 ) terlalu kerap meghisap menyebabkan kanak-kanak lambat bercakap.

4 ) gigi tidak tersusu dan jongang

5 ) mengubah bentuk mulut

6 ) puting yang dicelup dengan sirap, madu ataupun glukos pula boleh mereputkan gigi.

No comments:

jom baca entri ni juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...