Sunday, June 30, 2013

Selamat Panjang Umur

selamat panjang umur buat bapa mertuaku
hari lahirnya yg ke 64

On Our 5th Anniversary

Alhamdulillah
syukur kerana masih lagi diberi kesempatan merasa indahnya menjd isteri kepada suami yang baik,sangat penyang,protective dan plg penting sentiasa mengutamakan keluarga dalam segala hal

tq for the present...
but the most valuable present is YOU
thanks for being there for me n our famly
May Allah bless u always

Cuti2 malaysia-Muzium Negara

assalamualaikum alls...
lama tak update blog
kekangan masa....

apepun entri kali ni nak share pasal ktvt cuti skolah aritu
sempat pg muzium negara
walaupun blaja d um hampir 4tahun
tak pernah pg pn muzium negara
kali ni nasib baik pak mentua nk pg
so join sekaki la...

harga tiket rm2 utk dewasa
rm1 untuk warga emas
budak2 percuma

layan je picture ni ye



bergambar kat kereta lama




my hubby kat pameran keris


Tuesday, June 18, 2013

[ share ] Apa itu Fibroid Rahim?


KEKERAPAN ketumbuhan fibroid di rahim dan pangkal rahim biasanya 40 peratus pada wanita terutama pada usia subur atau boleh hamil. Seramai 40 peratus wanita dengan fibroid tidak menghadapi sebarang masalah dan tiga perempat wanita yang mempunyai fibroid tidak menyedarinya kerana tidak mempunyai sebarang tanda atau kesakitan.


Pakar Runding Obsetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Dharmini Veerakumaran berkata, biasanya doktor hanya dapat mengesan melalui ujian pelvik atau ultrasound.


“Ini berlaku apabila pesakit mengadu kedatangan haid yang luar biasa banyak atau berterusan lama," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
Menurut beliau, fibroid boleh berlaku di pelbagai tempat seperti dalam rahim, luar rahim serta pangkal rahim.


“Fibroid bukan kanser dan hanya satu dalam 3,000 kes yang menjadi penyebab kanser kecuali ia sememangnya kanser," katanya.


Fibroid boleh berlaku sama ada dalam satu biji yang besar atau beberapa biji yang kecil tetapi dalam bilangan yang banyak.


Biasanya fibroid yang tidak mengganggu pesakit akan dibiarkan saja tetapi saiznya yang semakin membesar dan keras seperti guli kapur menyebabkan pesakit tidak selesa.

Dr. Dharmini berkata, simptom fibroid bergantung kepada kedudukannya.
“Misalnya terdapat pesakit yang mengalami darah haid yang banyak dan berterusan lebih daripada tujuh hari, sakit di bahagian ari-ari, kerap kencing, sukar kencing, sembelit dan sakit pinggang.

“Fibroid di bahagian luar rahim biasanya menyebabkan haid yang berpanjangan," katanya.
Pesakit yang mengalami sakit di bahagian ari-ari, haid yang banyak dan sakit apabila melakukan hubungan intim sepatutnya mendapatkan rawatan doktor.



Ini kerana biasanya wanita yang mengalami fibroid rahim tidak mengalami sebarang kesakitan dan 75 peratus daripada mereka tidak mengetahuinya.

“Biasanya fibroid akan mengecut apabila wanita mengalami fasa menopaus mungkin kerana pada peringkat itu hormon tidak aktif," katanya.

Wanita yang hamil dengan fibroid akan mengalami sakit di bahagian rahim menyebabkan keguguran atau bersalin bayi tidak matang kerana rahim mereka tidak boleh berkembang.

Biasanya ibu yang mempunyai fibroid di rahim biasanya dinasihatkan bersalin secara pembedahan kerana bayi akan bersaing untuk ruang dengan fibroid.
“Pakar perubatan biasanya akan memberikan penerangan terperinci kepada pasangan yang mempunyai fibroid.

“Ibu akan dinasihatkan agar berehat di rumah hingga cukup bulan," katanya.
Bagaimanapun pembedahan membuang fibroid tidak boleh dilakukan semasa proses bersalin tetapi enam bulan selepas itu.

Ini kerana ketika proses bersalin, keadaan rahim yang kembang dan kaya dengan salur darah menyebabkan risiko pendarahan.

“Ini akan menyebabkan risiko rahim rosak dan perlu dibuang," katanya.
Mengenai rawatan, Dr. Dharmini berkata, tidak terdapat ubat untuk mencairkan fibroid seratus peratus.

Bagaimanapun terdapat ubat suntikan untuk mengecutkan fibroid sementara dengan memberikan ubat untuk menyebabkan menopaus sementara biasanya selama enam bulan.

Biasanya pesakit mendapat rawatan kerana pendarahan yang teruk akibat fibroid yang besar dan mereka yang memerlukan pemindahan darah.

“Pesakit akan diberikan ubat untuk menopaus sementara selama enam bulan dan ubat menambah hemoglobin dalam darah," katanya.

Bagaimanapun fibroid yang besar memerlukan pembedahan antara 10 hingga 20 sentimeter.
“Jika fibroid bersaiz kecil ia boleh dikeluarkan melalui pembedahan kecil," katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan fibroid tumbuh kembali, katanya, benih yang ada menyebabkan risiko tumbuh memang ada.

Dr. Dharmini berkata, kini banyak penyelidikan sedang dijalankan untuk mengecutkan fibroid tanpa memberikan kesan sampingan kepada rahim.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130602/kn_03/Ramai-tidak-sedar-fibroid-rahim#ixzz2W6sJmwlY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, June 17, 2013

[ share ] Panas Boleh Bawa Maut?


SETIAP hari kita pasti terdengar rungutan orang di sekeliling berkenaan cuaca yang teramat panas di negara kita. Manakan tidak, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) baru-baru ini mengeluarkan kenyataan cuaca panas dan kering dijangka berlaku sehingga September ini berikutan musim Monsun Barat Daya yang baru sahaja bermula bulan lalu.


Menurut JMM, kebanyakan kawasan di negara ini akan mengalami lebih banyak hari tanpa hujan serta liputan awan yang berkurangan dan tempoh penerimaan cahaya matahari yang lebih lama menyebabkan suhu persekitaran meningkat.


Maka semakin ramailah yang mula berdoa dan berharap hujan akan turun bagi menghilangkan rasa panas yang membuatkan semua orang lesu dan tidak produktif.


Namun, di sebalik cuaca hangat dengan suhu yang mencecah sehingga lebih daripada 35 darjah Celcius, ramai yang masih tidak memandang berat akan kesannya terhadap tubuh badan kita.
Ramai yang dengan santainya bersiar-siar di bawah terik matahari tanpa mengambil langkah berjaga-jaga. Alasannya panas adalah perkara biasa di Malaysia.
Bagi mereka yang keadaan pekerjaannya memerlukan mereka berjemur panas seperti buruh binaan terus gigih bekerja tanpa berehat secukupnya dan menghiraukan bahaya yang mereka berdepan dengan panas mentari.


Ujar Pakar Perubatan Kesihatan Pekerjaan Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Hazlee Abdul Hadi, pendedahan terhadap panas yang melampau dan berpanjangan boleh menyebabkan penyakit berkaitan dengan cuaca panas iaitu (heat related illness (HRI)).


“HRI adalah pelbagai dari sederhana iaitu ruam panas, kelesuan dan pitam akibat panas kepada teruk seperti kekejangan, keletihan yang melampau akibat panas dan strok haba.
“Keadaan yang paling teruk boleh berlaku akibat HRI ialah kerosakan organ badan seperti ginjal, otak, jantung dan hati malah ia boleh menyebabkan maut.


“Di Amerika Syarikat (AS), kematian akibat HRI sejak 1979 hingga 2003 dilaporkan sebanyak 8,015 pesakit, bilangan kematian yang lebih ramai daripada mereka yang kehilangan nyawa akibat gabungan taufan, banjir, gempa bumi dan puting beliung.


“Di Malaysia sendiri ada kes kematian akibat panas yang melampau," ujarnya yang ditemui di Pusat Perubatan Prince Court, baru-baru ini.
Gejala


Ujar Dr. Hazlee, Gejala masalah HRI ialah pelbagai bergantung kepada tahap keseriusan masalah itu.
Antaranya ialah sakit kepala, keletihan, tumpuan lemah, pening, lemah otot-otot badan atau kekejangan, mual dan muntah.

Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dinyahhidrat (kekeringan), kekeliruan, dan tidak sedarkan diri atau koma.

Komplikasi boleh berlaku jika lambat melakukan rawatan terutamanya mereka yang berdepan dengan strok haba iaitu kerosakan organ badan seperti ginjal, otak, jantung dan hati serta boleh menyebabkan maut.
Kumpulan berisiko


Ujar Dr. Hazlee, sesiapa sahaja boleh berdepan dengan masalah HRI tetapi beberapa kumpulan yang berisiko terutama kanak-kanak yang berusia kurang lima tahun kerana lebih sensitif terhadap kesan panas dan mereka memerlukan bantuan dari orang dewasa untuk menyejukkan badan serta memberi hidrasi yang cukup.
Golongan tua berumur lebih daripada 65 tahun turut berisiko tinggi kerana sistem tubuh mereka mungkin tidak lagi efektif untuk menurunkan suhu badan dan mereka juga tidak dapat mengesan kenaikan suhu badan dengan baik.


Orang dewasa iaitu yang berusia 40 tahun ke atas adalah 10 kali ganda lebih berisiko berbanding dengan orang yang lebih muda.
HRI juga berisiko kepada mereka yang secara fizikal telah sakit terutama masalah sakit pernafasan, lemah jantung, dan mereka yang mengambil ubat untuk penyakit kemurungan.
Selain itu, mereka yang mempunyai masalah obesiti turut lebih berisiko kerana badan mereka menyimpan lebih banyak haba.

Ada sesetengah penyakit membuatkan HRI lebih senang berlaku seperti penyakit tiroid yang menyebabkan suhu badan tinggi.

Pengambilan ubat-ubatan yang menyebabkan badan panas dan keadaan bertambah buruk apabila berjemur juga menambah risiko berlakunya HRI.
Selain itu, cara pakaian tebal dan berlapis yang tidak sesuai dengan suhu, aktiviti fizikal serta keadaan pekerjaan dan beban kerja seperti mereka yang bekerja menyelenggara lebuh raya dan buruh binaan berisiko berdepan dengan HRI.

Maut

Pengsan akibat cuaca panas yang melampau dilihat seperti perkara biasa. Namun, serangan strok haba itu sebenarnya boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.
Ini kerana organ-organ penting tidak dapat air yang membawa mineral-mineral penting lalu ia akan gagal berfungsi satu demi satu jika tidak mengganti air secepat mungkin.

Oleh itu, rawatan kecemasan perlu dilakukan segera jika mempunyai tanda-tanda strok haba.

Pencegahan
“Mencegah adalah baik daripada mengubati terutamanya untuk mereka yang diklasifikasikan dalam kumpulan yang berisiko tinggi.

“Kumpulan ini dinasihatkan untuk mengambil langkah berhati-hati dan melakukan langkah-langkah pencegahan.

“Apa yang penting ialah menjaga suhu badan normal, memastikan kekal hidrat serta mendapatkan maklumat yang tepat," ujarnya.

Apabila berdepan dengan musim panas yang melampau seperti sekarang, golongan yang berisiko digalakkan berada di dalam rumah atau bangunan, lebih baik dengan kemudahan alat pendingin hawa.

Ujar Dr. Hazlee kebanyakan majikan di AS telah menyediakan pendingin hawa bagi setiap ruang untuk pekerjanya.

Hadkan aktiviti luar semasa awal pagi dan lewat petang sahaja kerana ia kurang merbahaya dan kurang panas serta berehat dengan kerap sekiranya terdedah kepada pancaran matahari.
Lakukan langkah pencegahan seperti memakai topi atau payung yang besar dan pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang serta longgar.

Jangan lupa memakai krim pelindung matahari yang mempunyai SPF 15 atau lebih 30 minit sebelum terdedah kepada sinaran matahari untuk mengelakkan sinaran UVA dan UVB dan gunakan secara berterusan.

Sentiasa mengamalkan konsep pusingan kerja dan rehat seperti yang dicadangkan terutama mereka yang bekerja di bawah terik matahari.

Kita sebenarnya boleh menyesuaikan badan dengan suhu yang panas daripada biasa dengan cara mengehadkan aktiviti luar secara berperingkat sehingga badan dapat mengadaptasi dengan cuaca panas tersebut.

Elakkan makanan yang pedas dan kuantiti yang banyak, kerana ini akan menyebabkan suhu badan naik, berpeluh dan kehilangan cecair badan.
Air yang cukup

Terang Dr. Hazlee, musim panas ini memerlukan kita minum air yang banyak bagi mengembalikan kelembapan badan kerana kita kehilangan cecair badan melalui peluh dan mudah menjadi kering.
“Jika melakukan aktiviti fizikal di bawah panas terik, minum air dua hingga empat cawan setiap jam tanpa mengira tahap aktiviti anda.

“Minum air isotonik bagi menggantikan garam dan mineral yang hilang melalui peluh.
“Jangan minum minuman berkafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi, kerana ia boleh mempengaruhi fisiologi badan dan menyebab kita kehilangan cecair badan.
“Jika doktor mengehadkan pengambilan air, garam dan mineral disebabkan penyakit tertentu seperti sakit buah pinggang dan lemah jantung, dapatkan nasihat doktor tentang jumlah pengambilan yang selamat semasa cuaca panas," terangnya terperinci.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130609/kn_02/Panas-bawa-maut#ixzz2W6rJet58
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday, June 16, 2013

[share ] Kelemumur? Ketahui Puncanya



Rambut adalah mahkota buat wanita. Menjaganya bukan sukar tetapi tidak mudah. Tidak kena gaya, rambut akan mudah rosak, berkelemumur, gugur dan beruban sebelum masanya. Walaupun bertudung penjagaan rambut tetap diutamakan apatah lagi memerlukan lebih perhatian berbanding mereka yang tidak. Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama mengundang peluh yang akhirnya bercampur minyak semula jadi lalu mengundang masalah kelemumur yang serius.

Setiap individu perlu mengetahui analogi, fisiologi dan punca biasa untuk lebih memahami dan menjaga kesihatan rambut. Biasanya masalah kelemumur ini disebabkan beberapa perkara, iaitu seborrheic dermatitis, kulit kepala kering, gatal dan berkeruping, kurang mencuci rambut, psoriasis, ekzema, sensitif pada sesetengah produk dan juga disebabkan jangkitan yis malassezia.

Seborrheic dermatitis biasanya menunjukkan simptom gatal-gatal, kulit kepala berminyak atau kulit kepala kering, gatal dan berkeruping. Keadaan ini disebabkan cuaca panas. Bentuk keruping disebabkan kulit kepala kering biasanya kecil-kecil dan kurang berminyak berbanding lain-lain punca yang menyebabkan kelemumur.
Bagi wanita yang kurang mencuci rambut juga mudah mendapat masalah ini. Jika anda tidak membasuh rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, menyebabkan kelemumur.
Ada sesetengah wanita menghidap masalah psoriasis yang merupakan sejenis penyakit kulit biasa yang menjejaskan kitaran hidup sel kulit akibat sel tumbuh dengan cepat pada permukaan kulit, membentuk sisik tebal, berkilat yang gatal, kering, kemerah-merahan dan kadang kala menimbulkan rasa sakit berlarutan. Keadaan ini biasa berlaku di lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala. Penghidap penyakit kulit ekzema juga biasa mengalami kelemumur.

Bagi wanita yang mengalami masalah sensitif pada sesetengah produk rambut akan menyebabkan kulit kepala menjadi kemerahan dan gatal. Sebenarnya terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menyebabkan kelemumur.

Masalah kelemumur ini juga boleh disebabkan jangkitan yis malassezia. Malassezia hidup pada permukaan kulit kepala hampir kesemua individu dewasa tanpa menyebabkan sebarang masalah. Namun apabila tidak terkawal, ia akan merembeskan lebih minyak daripada folikel rambut. Ini menyebabkan iritasi pada kulit kepala dan menggalakkan lebih banyak sel kulit terhasil. Lebihan sel kulit akan mati dan tertanggal dan bercampur dengan minyak daripada rambut dan kulit kepala, menyebabkan ia kelihatan memutih, berkeping dan jelas kelihatan pada rambut juga pakaian anda. Namun punca sebenar malassezia tidak diketahui. Boleh jadi disebabkan terlalu banyak minyak pada kulit kepala, perubahan hormon, tekanan, masalah saraf seperti parkinson, sistem imun terganggu, tidak mencuci dengan kerap dan semua masalah ini menyumbang kepada kelemumur.

Elok berjumpa dengan pakar dermatologi (pakar kulit) bagi mendapatkan rawatan yang tepat bagi masalah yang dialami.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130609/kn_01/Kenali-punca-kelemumur#ixzz2W6qY4Kpz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

The Beautiful Pictures of Hani






Saturday, June 15, 2013

Alhamdulillah..Gaji Naik




Alhamdulillah...seronok penjawat2 awam semua
gaji dah naik yer...

Hopefully barang2 keperluan tak naikla ek..
kesian org kerja kampung n tak bekerja
kesian kat kami jugak...huhu

Yang saya faham, naik satu tangga gaji
means utk gred 41 naikla sebanyak rm 225
Yang gred 44..RM 250...

Nak baca selanjutnya?

Klik sini ek

Welcoming New Our New Niece

On June 08 2013
We welcomed our new niece..
so beautiful just like her name
Nur Shafa' Adni



Thursday, June 13, 2013

My Hani dah 8 bulan

Alhamdulillah Ya Allah
anakanda Aleesya Nur Hani dah 8 bulan
semoga sentiasa diberi kesihatan yang terbaik
Menjadi anak yang solehah
Berjaya di dunia
Berjaya akhirat
Amin..


Hani's Tiny Hand and Feet



Hani and her playpan









Budak Yang Suka Mandi Kolam




Memories Flashback 3..abg bom atom

salam all..
mesti terkejut bile bc tajuk entri kan?
ha..abg bom atom
actly itulah panggilan ygbsy pggil en suami masa belajar dlu
sblm tahu nm sbenar die
ada kesah sebenarnya...

nk dijadikan cerita..
masa tu kuliah pengurusan makmal
lecturer tanya apa apset induksi@permulaan yg sesuai utk mengajar tajuk atom
kitorg puas fikir..termasuklah bgtau prof guna biji guli utk menggambarkan atom
smua jwpn kitorg tak sesuai

tup2..masa tu die angkat tgn
cakap tunjuk gmbr bom atom kepada pljr
ha..terus ckp bagus...
mcm tu br student minat nk blajar tajuk ni
huhu..

strt dr situlah..sy n geng 3sekawan panggil die abg bom atom
tp..ofcoz la die xtau ktrg pggil die cmtu
gelaran aje...

masa dh strt serius barulah sy cite kat die gelaran tu
gelak sakan..
siap ckp lg kenape xgelarkan die abg ensem
huh..perasan sungguh..

apepun..abg tetap ensem di mata saya

da....

Memories flashback 4..tersalah sms

slm semua..
continue lagik cite sy n en suami

sblm ni sy penah crita yg km tukar2 no phone
emm..ms tu mmg berkawan saje sbb sy tak terpk sgt nk ada pkwe time blaja
alkisahnya.sy menerima cabaran dari bestfrens sy spy sms die utk mtk lab report senior
biasala..zaman universiti ni kan cm ada sistem buddies
segala nota kuliah n lab report senior smuanya diperturunkn kpd junior
jd kami exchange la antara kami

satu hari, sy beranikan diri utk sms die kononnya nk mtk la pinjmkan nota tu
ms tu die dh otw dtg kolej sy..tp ms tu jg saya sms ngn bestfrens saya
siap ckp yg abg bom atom nk dtg kolej anta lab report
pastu terkantoi plk p anta kat die..
masa die smpai kat kolej tersyum je perasan yg sy ngn member mmg cite pasal die
kononnya saya dh mmg minat kat die la
huhu..masa tu blm lagi..
tp terharu la ngn kedatangan die dtg kolej sy semata2 nak anta nota tu
dlm hati terdetik..mamat ni cam ok je utk dibuat teman..
hehe...

alhamdulillah..smpai sekarang die xpernah berubah
sentiasa berada di samping saya bila sy memerlukan 
die..tentulah suami saya...
hihihi...

Wednesday, June 12, 2013

Memories flashback 2

salam semua..
sambung lagi cite perkenalan sy ngn en suami
msti trtanya2 kenapa nak bercerita pasal berkenal2an kan?
hehe..actly bln 5 adalah bln ulangtahun perkahwinan kami
tp skg baru sempat post entri pasal anniversary
fuh..how busy i am...

okey..back to the track...
mcm mana km berkenalan kan?
mulanya dari just a friend
oleh sebab kami banyak kelas yg sekuliah
jadi banyak la jg menukar2 nota kuliah antara kami
normally nota kuliah tu yg senior punyelah
sng kan,xpyh salin dr lecturer

at first igtkn die xtahu nm sy
rupanya mmg dah tahu sbb die ckp tgk kat dlm attendance book
hehe...tersenyum sendiri plak
dah bertukar2 lecture notes...
bertukar2 lah juga no phone
start dr situ mmg kerap sgt bersms
hampir setiap masa lah..wpun berkawan jer

sy mmg nmpk die seorg yg ikhlas
yg mmg sy suka die seorg ank yg sgt patuh ngn cakap mak die
sy xkesah org ckp , org lelaki mcm ni mmg ank mak...
akn dgr ckp mak..
tp sy nekad dlm hati...
if die sayangi mak die sgt2
die msti sayangi kite juga kan.?
sgt3...

lagi satu die seorg yg tak tinggal sembahyang
mmg susah nak cari lelaki yg tak tinggal solat di era sekarang nih akn?


emm..mcm mana leh declare ek?
em..after agak serius n mengenali diri masing2
bln 8 2005..
kami pn meng'chup'kan diri masing2
single but not available

hehe...

Monday, June 10, 2013

Memories flashback

salam semua
baru sempay bercerita pasal anniversary kami yg ke 5
tak sangka begitu cepat masa berlalu
terasa baru je berkenalan dengan en suami
tup tup after 3tahun bercinta
akhirnya kami disatukan
|skema plak ayat dlm post ni..hihi|

nk kembali balik ke masa dulu
masa mula2 kenal sbb sama lecture kimia fizik
(kalo tak silap la)

oleh sebab tak ramai student lelaki amek course education
senang nak cam diorg
tahun 2005 tu tak sangka kebanyakan kuliah saya sama ngn die
kalo tak silap
lecture pengurusan makmal
lecture fungsi dan struktur tumbuhan
lecture kimia fizik3

rupanya die dah usha saya lama dah
since saya 2nd year lg..hehe
sy jer yg tak trperasan
maklumle..sy sendiri pn rmai peminat yg queue nak masuk line
hehe..cam cantik jer..

*mcm mana kami boleh berkenalan,
bercakap...
emm....to be continue...
hehe...

Saturday, June 8, 2013

A fulfilling holiday

salam semua
fuh..dh agak lama xmengupdate blog ni
tersangat busy ngn urusan seharian....

byk nk dikongsikan actly..
tp..kna tunggu dlu lah ye...
cuti skolah pn dh makin abes dh
in two days.
gonna back to school

jom baca entri ni juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...