Thursday, March 31, 2011

[ share ] Hairpin girgle

Assalamualaikum...
emm...
dah ada bby girl ni mmg la suke beli pin rambut
tp Dini ni jenis xbole ada apa2 kat kpale die
rase rimas





Tuesday, March 29, 2011

[ share ] gigi HIDUNG, pipi MATA

Assalamualaikum
Alhamdulillah
nampaknya Aleesya dah pandai tunjuk anggota badannya
apabila ditanya

 ini gigi...
Aleesya tak suka gosok gigi
kena paksa

 ini pipi
kalo dulu pipi Aleesya chubby
tp skg dah kurang sikit

 ini hidung
bila tanya mana hidung
kdg2 die masukkan jari dalam hidung
itu yg buatkan kt risau

this pc i really like
she looks cute
ehe
ni mata
kalo tanya mata pun
die akn masukkan jarinya ke dalam mata




k la
i'm happy with what i have now
Thanks to Allah for what I've got
May Allah bless us

Monday, March 28, 2011

[ share ] MLM NI CHOPSTICK @ CHICKEN CHOP

Assalamualaikum...
mlm ni sbb mls nak masak, sng2 jer kuar g kdai
round2 punye round
tertengok ada satu restoren yang boleh kata sdap jugak la mknn die
dah berkali2 jugak la sy mkn chicken chop kat kedai ni
bukan chopstick ek....


Dini tgh tunggu mknnya

Dini pun mmg suke mkn kat sini
nama restoren ni adalah 
Cafe Bawang Merah
area pekan Gerik
sape yg duk Gerik mmg tau le ni
ehe...promote percuma

mknn dah sampai
ini dah tentunye nasi lemak ayam


ya...dah tentunya menu of the day
chicken chop
4 me ini dah cukup sedap
tp ada kwn ckp, ada satu tmpt lagi
lagi sedaaapp...

k la..
bye

Saturday, March 26, 2011

[ VIDEO ] ALEESYA NUR DINI BELAJAR MENIARAP

Actly, this video lama dah...
masa tahun 2009 1st DEC
1st day Dini meniarap

Tapi, nak upload gak..
eheheee

ENJOY!!!


video

Seronok tengok apabila die cube secdaya upaya nak meniarap





means that, Dini dah bole meniarap bile die dah 4 bulan..

SAYANG ANAK MAMA NGN ABAH

click di sini kalo minat makan pai!!! http://www.churpchurp.com/noriece/share/JustPie

Tuesday, March 22, 2011

[ share ] ALEESYA NUR DINI ENJOYS THESE CARTOONS

Well...I could say everyday she enjoys these cartoons... Sometimes I even cannot watch my tv programmes that I like most...

                                                           UPIN IPIN - MALAYSIA

                                                          DIBO THE GIRT DRAGON

                                                    PORORO THE LITTLE PENGUIN

                                                               LITTLE EINSTEIN

                                                              SPECIAL AGENT OSO

                                                                    HANDY MANNY

ANIMAL MECHANICAL

                                                                         POCOYO
 
                                                              THOMAS AND FRIENDS

                                                        MICKEY MOUSE CLUBHOUSE

[ share ] MAJLIS CUKUR JAMBUL MY BABY-Dini

Majlis cukur jambul ni dah lama dah...Tahun 2009 lagik...Sajer nak upload coz this blog could be my diary for her...

                                            Rase buah kurma, kismis ...


Rase air zam zam pulak...ditenangkan oleh moyang nyer...Allahyarham Hj Hamid bin Saman.

                                      Aleesya Nur Dini dicukur rambutnya...

                                                Giliran tokbah pula mencukur rambut dini

                                     



Majlis cukur jambul ini diadakan pada 16/08/2009...5 hari selepas kelahiran Aleesya Nur Dini bt Mohd Ar Firdaus

Tuesday, March 15, 2011

[ share ] DINI BELI BOTOL SUSU BARU !!!




Bila dah keluar pasal botol susu yang BPA free , mula teringat yang botol susu Dini dah lebih 6 bulan tak berganti. Walaupun sebelum ni memang Dini minum susu menggunakan Botol Susu Avent Philip tapi botol susu kena juga bertukar.








 Kedai baby yang pertama kami pergi ni area Manjung aje. Masuk2 jer dah ada 2 3 orang yang tengah tgk2 botol susu baby. Dah agak dah, mesti taukeh ni akan naikkan harga ataupun tak akan bagi diskaun dah. Die pun tauje skang dah heboh pasal penggunaan botol yang BPA free.

Harga yang 1 set 2 botol 4 oz RM 59.90 .Pas diskaun die bagi RM 59.
Cam pelik jer, dulu penah gak beli, dpt banyak diskaun dari yang ni. Pandai taukeh ni curi peluang.



 Sembang punye sembang , xjadi beli coz nak beli yang set 4 oz dan 9 oz macam dulu.Then, taukey tu cakap datang esoknya.


Lepas tu , my husband ajak pegi tengok kat kedai Manjaku Baby. Kedai ni besar sikit,ada 2 tingkat. Tengok punye tengok, adala yang satu set 2 botol 9 oz.Harganya RM 59.90.





Malas nak fikir panjang, jadi beli jer. Pastu cashier tu scan, RM 47.90. Terkejut gak.Tapi rupenya ada discount 20% . Rezeki anak agaknya.

Pada ibu bapa di luar sana , usah berkira sangat, xape mahal pun, asalkan anak-anak kita mendapat yang terbaik asalkan kita mampu.

   click this http://www.churpchurp.com/noriece/share/churpchurp-invite

[ info ] APA ITU BPA???

BPA adalah Bisphenol A. Ianya adalah bahan kimia yang digunakan dalam industri pembuatan plastik.

Di negara Eropah dan Canada, mereka awal-awal lagi telah mengharamkan penggunaan bahan ini di dalam pembuatan plastik termasuklah pembuatan botol susu.

Macam mana nak tahu botol atau bekas air yang kita gunakan ada BPA atau tidak?

Mula2 tengok di bawah botol,ada bentuk 3 segi recycle then dalam tu ada nombor. Nombor tu merupakan klasifikasi plastik yang digunakan.

Katakan bawah botol tersebut ada segitiga yang dalamnya ada nombor 3 atau nombor 7, maka botol tersebut mengandungi bahan Bisphenol A. Kalo nak lagi faham , rujuk kod di bawah ni.




[ info ] KERAJAAN HARAMKAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU POLICARBONAT BPA


Penjualan botol susu jenis polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) diharamkan berada di pasaran.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mesyuarat Jemaah Menteri 2 Mac lalu bersetuju cadangan Kementerian Kesihatan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi jenis tersebut.

Menurutnya, langkah penguatkuasaan pengharaman tersebut akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2012.
“Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti menunjukkan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat digunakan oleh bayi dan kanak-kanak.


“Tindakan ini juga dibuat dengan mengambil kira BPA telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh. Sehingga kini juga tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi serta tiada jaminan keselamatan untuk itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai pengharaman penjualan botol susu bayi jenis itu di ibu pejabat kementerian, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.

Tiong Lai berkata, tindakan pengharaman tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh setahun untuk membuat persediaan menukar, membeli mesin dan memilih penggunaan bahan mentah yang sesuai.

Pada masa sama, beliau berkata, pemantauan berterusan yang dijalankan pihak kementerian mendapati berlakunya migrasi BPA dari botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji.

“Sehingga tahun lepas, sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus daripadanya dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil kesan migrasi dari botol berkenaan.

“Kajian Universiti Malaya (UM) pula menunjukkan kadar migrasi yang berlaku meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah Celsius berbanding suhu bilik 25 darjah Celsius,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tindakan pengharaman itu, beliau berkata, langkah tersebut selaras dengan pendekatan diambil oleh Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat (AS).

“Terkini, pihak Kesatuan Eropah juga telah membuat pengumuman mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan pengguna terutamanya terhadap bayi dan kanak-kanak.

Menurutnya, langkah pengharaman itu dapat melindungi keselamatan kumpulan berisiko tinggi berkenaan sehinggalah terdapat maklumat keselamatan terbaru mengenai penggunaan BPA diperolehi.

Beliau menasihatkan dalam tempoh setahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi jenis polikarbonat.

Namun begitu, katanya, pengguna boleh membuat pilihan awal dengan menukar botol susu bayi jenis polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Beliau menambah, pihaknya juga akan menjalankan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK); Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam hal berkenaan.

Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan di talian 0388833652/88833653 /88833655 atau layari laman web http://moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my.

sumber dari : Utusan Malaysia online

Sunday, March 6, 2011

[share] APABILA DINI PAKAI BEG SEKOLAH!!!

                                                          
Dini ni kalo dah jumpe barang yg die suke, xkesah siang ke malam nak pakai ajela..Malam tadi terjumpa beg skolah dalam bilik, terus suh pakaikan...kalo xbagi mengamuk pulak.
    
                                        MAMA ni...ngantuk lagi ni nak pegi skolah...EHE


                                                             YEAY...dah xngantuk dah...


                                                        ARGH!!!Tolak diniding...


                                                               Bole panjat ke tu???


                                                  Cube gak panjat tu???Apela dini ni


Saturday, March 5, 2011

[ADV] ANAK BURUNG YANG COMEL...ChurpChurp









PERNAH DENGAR TAK ChurpChurp???



 ACTLY, ChurpChurp ni satu web yang promosikan iklan...mcm nuffnang jgk...kirenye die ni adik nuffnang la...So bloggers bole la guna web ni untuk earn money...(baru dapat tau jer..ehee)






Disebabkan ada membe syorkan suh try...so, sy tryla...xtau bole ke x...xpasti la dapat earn money...Kalo dapat I sebar2kan nanti...



Katanya, kalo sesape yang ada Facebook/Twitter pon leh join gak...Setiap kawan yang sign up...kita dapat RM1...tul ek???Ntahla.

TEKAN SINI http://www.churpchurp.com/noriece/share/churpchurp-invite



jom baca entri ni juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...