Friday, February 26, 2010

[ tip ] APAKAH MAKANAN PERTAMA ANAK ANDA?!!!

Beberapa minggu lepas, saya baru memberi makanan pertama kepada anak...Itupun setelah masuk 6bln...Kalau diikutkan orang-orang tua, masa anak umur 2-3 bulan dah diberi makan...Tapi, takut la macam tu...Takut baby nanti tak dapat hadam dengam baik...

Di sini, saya ingin kongsikan resepi masakan untuk anak yang berumur 6bln dan ke atas...Ia memang amat sesuai untuk anak saya...

1 ) Masak nasi 1 cawan, letakkan 3 cawan air,kalau mahu nasi lagi lembik, tambah lagi banyak air...

2 ) 2cm lobak merah dihiris nipis, diracit

3 ) sebiji kentang, dipotong dadu

4 ) sedikit isi ayam diracit-racit

5 ) lobak merah dan kentang tadi direbus sehingga masak

6 ) kemudian campur semua bahan tadi ke dalam nasi

7 ) semua campuran tadi dikisar sehingga hancur

8 ) untuk makanan pertama bayi, sebaiknya ditapis menggunakan penapis, bimbang nanti bayi tercekik.

Itu sajalah resepi saya, selain bahan-bahan yang boleh dicampur di atas, kita boleh juga campurkan sayur, ikan bilis dan sebagainya tetapi pastikan bayi tidak tercekik.

Selamat mencuba!!!

SESIAPA YANG ADA RESEPI LAIN, SILA POST DI SINI YERR...KITA KONGSI!!!

Monday, February 22, 2010

(info) MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI

Sebaik sahaja bayi keluar dari perut ibunya, dia akan menangis...Mungkin dia gembira melihat dunia...Orang-orang di sisinya pasti menyambutnya dengan gembira dan perasaan syukur yang tidak terhingga.

Mengikut syariat Islam, terdapat beberapa cara menyambut kelahiran bayi:

1 ) Disunatkan azan di telinga bayi

2 ) Dibacakan iqamah

- tujuan azan dan iqamah dibacakan adalah untuk menyelamatkan bayi dari gangguan syaitan

SESIAPA YANG ADA KOMEN, BOLEH POST KAN DI SINI YER !!!

Sunday, February 21, 2010

(tip) AMALAN-AMALAN SEMASA HAMPIR BERSALIN

Seseorang wanita jika sudah hampir bersalin perlulah memperbanyakkan berdoa agar dapat melahirkan bayi dengan selamat dan mudah.

Di sini, saya ingin kongsikan doa-doa yang boleh diamalkan oleh para ibu :

1 ) untuk mempermudahkan proses bersalin, hendaklah banyak membaca :

a ) surah An-Nahl,ayat 78
Ertinya : " Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam
keadaan tidak mengetahui sesuatupun , dan Dia memberikan
pendengaran,penglihatan dan hati, supaya kamu bersyukur."


b ) surah al-Anbiyaa, ayat 87
Ertinya : " Tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci ya Allah,
sesungguhnaya aku termasuk orang-orang yang zalim "


2 ) Apabila masa melahirkan sangat hampir( di dalam bilik bersalin) , hendaklah
orang di sampingnya membacakan ayat-ayat berikut:

a ) ayat Kursi ( surah al-Baqarah , ayat 255 )

b ) Surat al-A'raf , ayat 54

c ) Surah al-Falaq

d ) Surah An-Nas

Ini sahaja yang dapat saya kongsikan. Surah-surah serta ayat di atas juga menjadi amalan saya semasa saya mengandungkan dan melahirkan anak pertama saya. Insyaallah, mudah dan selamat.

JIKA ANDA ADA DOA AMALAN YANG LAIN, SILA KONGSIKAN DI SINI YER!!!

[ share] PERSIAPAN KE HOSPITAL



Bila dah dekat tarikh bersalin,bakal ibu dan bakal bapa mula buat persiapan tentang pakaian atau barang yang perlu untuk dibawa ke hospital.

Sebenarnya,persiapan harus dibuat seawal masuk bulan ketujuh. Ini kerana dikhuatiri bakal ibu akan melahirkan bayi lebih awal. Maklumlah, mungkin bayi anda mahu melihat dunia lebih awal!

Di sini saya ingin kongsikan barang-barang yang perlu ada di dalam beg ke hospital.

1. Beg ibu : kain batik, baju tshirt, stokin , tuala wanita , air masak,
sweater , tuala , selipar tandas, minyak angin , sabun
mandi, berus gigi,

2. Beg bayi : baju lengan pendek 2@lebih, seluar panjang 2@lebih, baju
lengan panjang 2 @lebih,sweater baby, pampers , susu , botol
susu kecil ,wet tissue, spray air , tuala mandi , tuala
kecil, barangan mandian ( syampu,sabun mandi ) , minyak telon

JIKA ANDA ADA KOMEN ATAU PENDAPAT, SILA POSTKAN DISINI YER!!!

[ info ] PUNCA BERLAKUNYA MENORRHAGIA

Di dalam post yang terdahulu, saya ada kongsikan apa itu Menorrhagia. Di dalam keluaran ini pula, saya akan kongsikan puncanya serta rawatannya.

Puncanya :
A ) Dyfunctional Uterine Bleeding ( DUB )
- Biasanya gejala ini melanda remaja dan juga orang dewasa yang sedang meniti alam menopous. Ini kerana bagi remaja, kitaran haid mereka belum begitu matang dan juga bagi orang dewasa kerana kitaran ovari yang tamat usia.

B ) Masalah Ginekologi
- terjadi seperti radang pada ronggsa pelvis, penyakit endometriosis, fibroid
atau polip pada rahim, penebalan dinding rahim , kanser rahim atau ketumbuhan pada aovari.

Cara rawatan :
A ) rawatan hormon – Levonogestrel IUS ( Sistem alat dalam rahim ) , progesteron dos tinggi seperti norethesteron,, medroxyprogesterone selama tiga minggu setiap kitaran haid serta pil perancang.

B ) rawatan pembedahan

* Jika anda mengahadapi masalah seperti di atas, sila berjumpa dengan doktor untuk nasihat selanjutnya.

* Jika anda mempunya cadangan atau komen sila postkan di sini!!1

(info) KETAHUI HAID ANDA NORMAL ATAU TIDAK

Haid atau dikenali datang bulan,sakit orang perempuan atau period adalah normal di kalangan wanita. Tetapi, tahukah anda jika tempoh haid anda berpanjangan dan banyak adalah sesuatu yang tidak normal? Masalah ini dikenali menorrhagia.

Menorrhagia adalah darah haid yang keluar dengan banyak pada setiap bulan. Tentu ini tidak menyelesakan bukan ? Wanita yang mengalami masalah ini akan lebih cepat penat, kelihatan pucat dan cepat letih.

Antara gejalanya ialah :
I ) haid datang melebihi tujuh hari
II) terpaksa menukar tuala wanita lebih kerap siang atau malam
III) terdapat gumpalan darah yang nesar
IV) kedatangan haid tidak menentu

* Pada post yang akan datang saya akan kongsikan punca yang menyebabkan Menorrhagia dan cara rawatannya.

* Sesiapa yang ada komen, sila postkan di sini!!!

(info) KETAHUI PERANAN VITAMIN KEPADA DIRI ANDA SEMASA

Dari bermulanya disahkan hamil, para ibu semestinya sibuk memikirkan suplemen yang sesuai untuk diri sendiri. Ini untuk memastikan bayi dalam kandungan sihat serta kesihatan ibu terjamin.

Jika anda melakukan pemeriksaan bulanan di klinik kesihatan, doktor akan membekalkan anda dengan pelbagai jenis vitamin Di bawah ini saya senaraikan beberapa vitamin yang diberi doktor.

1 ) Vitamin C

- ( fungsi ) untuk pertumbuhan dan penggantian tisu, untuk gusi yang
sihat selain itu ia juga menggalakkan pengeluaran hormon
anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti
yang penting , mengelakkan anemia ( kekurangan sel darah
merah ) , elakkan pendarahan gusi , elakkan hidung berdarah

- ( kekurangan ) Lemah badan. Sakit-sakit dan sengal badan. Bengkak
gusi. Hidung berdarah.Scurvy. Anemia

- selain vitamin ibu-ibu juga boleh amalkan memakan buah beri, buah-
buahan sitrus, dan sayuran hijau spt asparagus, avocado, black
currants, kobis bunga, anggur, kubis, lemon

2 ) Asid Folik

- ( fungsi ) Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf "embryonic"
dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang
normal, untuk perkembangan otak bayi, kesihatan tulang
belakang , mengelakkan sumbing, perkembangan tulang

- ( kekurangan ) Sakit disekeliling mulut .Sakit lidah . Anemia. Anak
sumbing.

- Selain mengambil vitamin asid folik, anda juga boleh mengamalkan
memakan sayuran hijau, jus buahan dan bijirin serta terdapat dalam
susu untuk ibu mengandung.

3 ) Vitamin B complex

- gabungan Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin
B6, Vitamin B9, Vitamin B12 dan vitamins Biotin, Choline and Inositol.

- ( fungsi ) memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi
jantung yang normal. mengelakkan keletihan di saat hamil,
untuk kesihatan untuk system penghadaman yang baik , untuk
kesihatan rambut,kuku dan kulit .

- ( kekurangan ) Keletihan, lemah badan, hilang selera makan,Kegelisahan,
gangguan tidur. Sakit pada bahagian abdomen. Sembelit
- selain memakan vitamin B , ibu hamil juga boleh mengamalkan memakan
daging, ayam , sayuran , bijirin,Brokoli, pisang

4 ) Zat besi

- ( fungsi ) memainkan peranan penting dalam pengangkuan oksigen daripada
paru-paru ke tisu, berfungsi dalam pembuatan haemoglobin.
Haemoglobin ini berfungi sebagai pembawa darah merah.

- ( kekurangan ) Keletihan, lemah badan.Berdebar, sakit dada..Kesukaran
bernafas.Anemia.

- selain itu anda boleh memakan hati, tiram, kerang, buah pinggang,
daging tanpa lemak, ayam/itik dan ikan.Kacang dan sayur yang
dikeringkan adalah sumber iron yang baik daripada tumbuhan.

Selain vitamin yang saya senaraikan di atas, terdapat pelbagai jenis vitamin di pasaran. Sila rujuk doktor untuk nasihat yang diperlukan.

* jika anda ada komen atau info, sila postkan di sini,kita kongsikan bersama!!!

(share) DOA SUAMI AGAR ISTERI HAMIL

Seorang suami tentu menginginkan cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga. Perkara ini tentunya juga keinginan para isteri. Tetapi apa yang kita nak buat jika masih lagi tidak mendapat anak?

Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan untuk suami agar dapat memiliki anak. Di bawah ini adalah doa Nabi Zakaria yang memohon agar Allah mengurniakan cahaya mata kepada mereka.

” Wahai Tuhanku,janganlah Engkau tinggalkan aku seorang diri, dan Engkau adalah sebaik-baik pewaris.”

Setelah Nabi Zakaria mengucapkan doa tersebut,dengan izin Allah isterinya hamil. Maka, lahirlah seorang putera yang dinamakan Yahya.

Jadi, anda bolehlah mencuba berdoa dengan doa di atas dengan penh khusyuk serta merendah diri. Tetapi, jangan lupa, anda hendaklah bukan sahaja berdoa malah disertakan dengan amalan seharian yang lain.

Insyaallah,dengan izin Allah,bila tiba masanya isteri anda akan hamil. Banyakkan bersabar dan berdoa ye.

SESIAPA YANG ADA DOA LAIN, SILA POSTKAN DISINI YER...KITA KONGSI BERSAMA !!!

(share) PETUA SEMASA MENGANDUNG

Semasa mengandung,seringkali ibu atau bapa kita serta orang-orang tua memberi peringatan kepada kita...

Petua-petua di bawah ni adalah petua yang diberi oleh ibu saya:

1 ) Bagi wanita hamil,elakkan keluar jalan2 waktu malam cz nanti takut bersalin pecah ketuban darah. Pesan orang tua kalo ketuban darah,sakit…

2 ) Elakkan minum banyak ais, takut nanti baby dalam perut jd besar, susah nak bersalin.

3 ) Paling penting baca surah Yusuff,Maryam,

4 ) Masa naik kereta,kalo perjalanan jauh lapikkan bantal di tempat duduk,untuk elakkan gegaran.

5 ) Kalo nak anak rambut lebat,minum air kelapa...tapi bagi sesetengah orang air kelapa ni akan menyebabkan sakit urat...setiap orang kesan berbeza.

6 ) Malam2 sebelum tido,usap perut,ucapkan sesuatu untuk anak kita.

SESIAPA YANG ANDA PETUA LAIN, SILA POSTKAN DI SINI, KITA KONGSI BERSAMA!!!

Saturday, February 20, 2010

(info) ANAK KEMBAR TAK SEIRAS?

Anak kembar tak seiras terjadi apabila dua ovum dilepaskan serentak semasa proses pengovulan.Setiap ovum ini akan disenyawakan oleh satu sperma. Maka,dua zigot akan terbentuk. Kedua-dua zigot ini akan berkembang membentuk 2 fetus yang masing-masing mempunyai tali pusat dan plasenta yang berasingan.

Pada akhir tempoh kehamilan,2 anak akan dilahirkan. Kedua-dua anak ini tidak sama dari segi kandungan genetik. Rupa dan jantina kedua-dua anak ini mungkin sama atau berbeza .

JIKA ANDA ADA KOMEN, SILA POSTKAN DI SINI!!!

(info) ANAK KEMBAR SEIRAS?

Kembar seiras ( monozigot )

Pembentukan anak kembar seiras terjadi apabila satu embrio terbahagi 2 yang berasingan pada peringkat awal perkembangan embrio. Kedua-kedua ini akan berkembang dan membentuk dua fetus berasingan di dalam uterus(rahim) ibu.

Setiap fetus yang berada dalam rahim ibu akan mempunyai tali pusat sendiri tetapi berkongsi satu uri. Oleh kerana kembar seiras berasal dari satu sperma dan satu ovum,jadi kembar seiras serupa dari segi kandungan genetik dan fizikalnya termasuk jantina.

JIKA ANDA ADA KOMEN, SILA POST KAN DI SINI!!!

(share) ANUGERAH TERINDAH DALAM HIDUP

Pukul 4.30 petang, aku disuruh masuk ke labour room sekali lagi. Jururawat memeriksa bukaan jalanku.Dia menyatakan sudah terbuka sebanyak 6cm.Namun,aku terpaksa menunggu lagi sehingga bukaanku 10 cm kerana ini adalah anak yang pertama.

Jururawat memasukkan air ke dalam tubuhku,katanya untuk memberikan tenaga kerana aku kurang makan pada hari tersebut. Setelah air dimasukkan,aku terasa sakit.Sakit yang amat sangat seperti mahu bersalin.Aku memberitahu jururawat,tetapi jururawat memberitahu itu adalah proses biasa.Seorang jururawat datang bertanya sama ada inginkan ibu atau suami yang menemankan ku nanti.

Aku sempat berfikir,aku mahu suamiku masuk kerana aku tak mahu menyusahkan ibuku.Setelah suamiku masuk,aku jadi semakin sayu dan terasa semakin sakit.Jururawat sedang menyiapkan semua peralatannya,katanya aku sudah bersedia untuk bersalin. Semasa kali pertama aku meneran,bayikuu tidak keluar.Jururawat memberitahu agar semasa meneran jangan keluarkan bunyi mulut,tapi aku yang tidak mengerti apa-apa terus-terusan membuat kesalahan itu.

Setelah begitu lama aku mengambil masa untuk meneran,jururawat mengambil keputusan untuk menelefon doctor bertugas. 2 orang doctor datang pada masa tersebut.Di dalam bilik bersalin tersebut riuh rendah dengan suara jururawat dan doctor memberikan semangat kepadaku.Seorang jururawat bangsa India keluar dari bilik itu dan mengajak ibuku untuk masuk bersama.

Tanpa berkata apa-apa ibuku memeluk dan mencium ku, serentak itu dia berkata yang dia redha segala-galanya ke atas aku. Aku terus meneran apabila berasa sakit.Tetapi bayiku tidak juga keluar.Pukul 6.30 ptg,doctor Hospital Gerik menelefon Hospital Ipoh untuk menghantarku ke sana.

Mungkin bayiku akan di vakum atau mungkin aku akan dibedah.Ibuku tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat agar melahirkan bayiku supaya tidak dihantar ke Ipoh.

Pukul 6.45 p.m aku masih lagi cuba meneran,masih jelas lagi aku melihat para jururawat menyiapkan alatan untuk aku di dalam ambulans nanti. Pada masa itu juga,seorang staffnurse( yang menjagaku pada waktu pagi tadi ) masuk bertanyakan sama ada aku sudah bersalin atau tidak.

Bila melihatku masih lagi terbaring,dia bersiap-siap untuk mengambil alih.Ini jururawat yang keempat yang ingin menyambut kelahiran anakku. Sedari tadi juga jururawat yang senior juga asyik membacakan ayat al-Quran serta memberikanku air selusuh.Yang paling menyentuh hati adalah melihat suamiku yang sedih melihat kepayahanku melahirkan anak kami.

Dia juga tak putus-putus membaca ayat al-Quran. Staffnurse yang kuceritakan tadi bijak memberikan semngat dan memotivasikan ku.Sekali teran sahaja,aku dapat melahirkan anakku.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi,anakku dilahirkan dengan selamat.Bayiku seberat 2.8 kg dan seorang bayi perempuan yang cukup comel.Suamiku menitiskan air mata serentak itu mengucapkan terima kasih dan juga mencium dahiku. Ibuku pula turut menitiskan air mata.

Seisi bilik bersalin tersebut menepuk tangan tanda syukur aku dapat melahirkan anakku dengan selamat.Jam di dinding menunjukkan 6.55 petang dan hari tersebut adalah 11.08.2009.

Bayiku kuberikan nama Aleesya Nur Dini Binti Mohd Ar Firdaus.

JIKA ANDA ADA SEBARANG KOMEN, SILA POST KAN DI SINI!!!

(share) DI HOSPITAL

Menunggu berseorangan membuatkan aku kebosanan. Nasib baik ada seorang kakak yang sedang menunggu untuk diperiksa. Kesakitan yang kurasai makin bertambah. Air yang bercampur darah keluar sedikit demi sedikit. Aku biarkan sahaja. Dalam kesakitan tersebut, aku sempat tertidur tetapi hanya tidur-tidur ayam. Di luar wad, suamiku setia menunggu walaupun tidak dibenarkan berjumpa . Aku masih terasa semangatnya yang inginkanku sabar dan bertawakal.

Pukul 12 tengahari ibuku menelefon, memberitahu bahawa mereka telah tiba di rumahku. Suamiku pulang ke rumah untuk menyambut mereka. Pukul 1 petang, tibanya waktu melawat, suamiku, ibuku, ayahku serta adik beradikku masuk ke dalam wad. Ketika melihat wajah ibuku hatiku menjadi sayu. Aku tidak tahu mengapa. Mungkin semakin dekat dengan ibuku aku semakin terasa kasih sayangnya. Dalam kesakitan itu, aku mampu lagi tersenyum.

Setelah habis waktu melawat, mereka terpaksa meninggalkanku seorang diri lagi di dalam wad. Dalam hati terasa tidak mahu membenarkan mereka pulang. Tetapi apakan daya, peraturan hospital perlu dipatuhi. Sebelum pulang, ibuku menyuruhku meminum air akar Fatimah yang direndam oleh suamiku sebelum datang ke hospital pagi tadi.Akar Fatimah ini dibekalkan oleh ibu mertuaku semasa pulang ke kampong pada cuti sekolah yang lepas.Tepat pukul 2.05, aku masuk ke labour room untuk pemeriksaan ‘jalan’ kali kedua. Jururawat memaklumkan bahawa bukaan serviksku 5 cm. Dia berkata bahawa aku dijangkakan bersalin mungkin selepas waktu asar. Kemudian aku menunggu lagi. Aku tidur-tidur ayam sahaja kerana sakitku semakin kuat dan kerap. Tetapi, dalam kesakitan itu aku sempat bersms dengan suamiku. Suamiku menasihatkanku agar banyak bersabar, beristighfar dan banyak mengingati Allah. Dia mengatakan bahawa dia pun banyak berdoa agar aku dipermudahkan bersalin.

JIKA ANDA ADA KOMEN, SILA POST KAN DI SINI!!!

(share ) PENGALAMAN PERTAMA MENJADI SEORANG IBU

Hari ini amat bermakna bagiku, anak pertama kami dilahirkan. Contraction bermula seawal 2 pagi dengan kesakitan yang kurasai setiap stengah jam sampai pukul 4pagi. Melahirkan anak sulung aku tiada apa-apa pengalaman bersalin atau sakit.

Kusangkakan kesakitan itu disebabkan mahu membuang air besar kerana malam itu aku makan kerang rebus. Selepas mengalami contraction setiap stengah jam, kini aku rasa kesakitannya bertambah kerap, setiap 15 minit. Kemudian, dari pukul 5 pagi kesakitan yang kualami setiap 5 minit pula.Kuteringat kata-kata teman di tempat kerja, kalau terasa sakit seakan mahu membuang air besar dan makin lama makin kerap maka sudah tiba masanya untuk ku bersalin. Aku mula terasa bimbang dan takut.

Suamiku memberi cadangan agar aku menelefon ibuku untuk bertanya. Lalu, tanpa berfikir panjang aku telefon ibuku dan bertanya adakah begini tandanya jika mahu bersalin. Ibuku mananyakan samada ada tanda lain atau tidak seperti keluar air atau darah. Aku memberitahu tiada apa-apa. Ibuku memberitahuku supaya bersiap untuk pergi ke hospital. Lalu, aku dan suamiku mengangkut beg pakaian bayi dan beg ku untuk ke hospital. Dalam kekalutan sebegitu suamiku sempat menelefon ibu mertuaku untuk memaklumkan keadaanku. Suamiku juga memaklumkan jiran sebelah rumahku. Kemudian kami berangkat ke hospital.

JIKA ANDA SEBARANG KOMEN, SILA KONGSIKAN DI SINI!!!

( info ) TRIMESTER PERTAMA KEHAMILAN




TAHNIAH,puan disahkan hamil...ayat-ayat ini amat dinantikan oleh sesiapa sahaja yang ingin bergelar seorang ibu dan bapa.Tidak kiralah cara yang bagaimana pun anda hamil samaada proses semulajadi,IVF dan sebagainya yang pasti anda bakal menjadi ibu.

Namun, ada beberapa maklumat yang anda perlu tahu bagaimana kehamilan diukur.
Sebenarnya kehamilan diukur melalui pengiraan trimester dari hari pertama haid terakhir anda hingga ke jumlah 40 minggu kehamilan anda.Seronok bukan?...Manakala Trimester pertama kehamilan adalah dari minggu pertama hingga minggu ke-12 kehamilan anda iaitu 3 bulan.

Walaupun begitu,pesan orang tua-tua, kita tidak boleh terlalu gembira kerana saat ini kehamilan anda terlalu rapuh.Jika anda tidak menjaganya dengan baik melalui pemakanan,pemeriksaan kesihatan,rehat yang mencukupi dan sebagainya perkara yang kita tidak ingini mungkin bakal berlaku.Mintaklah dijauhkan...

* SESIAPA ADA KOMEN , SILA POSTTKAN DI SINI!!!

(intro) PERMATA HATI ABAH DAN MAMA




Kelahiran permata hati lebih-lebih lagi yang pertama amat dinantikan oleh setiap ibu bapa di dunia ini.

Tiada lagi momen-momen yang amat bahagia melainkan menanti saat kelahiran permata hati tersayang.


Maka persiapan dari segi fizikal dan mental dibuat agar bakal ibu bapa bijak menguruskan kehadirannya nanti

Bermula dari persiapan barang-barang keperluannya sehinggalah NAMA-NAMA YANG TERBAIK BUAT SI PERMATA HATI.

JIKA ANDA ADA KOMEN,SILA POST KAN DI SINI !!!

jom baca entri ni juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...