Saturday, August 21, 2010

[ INFO ] KES BUANG BAYI SEMAKIN PARAH

BENCI dengar berita tentang bayi kena buang… Tak berhati perut langsung.Dah tu buang pulak dalam lubang tandas, tempat buang sampah, sungai…Kesian betul.

Yang peliknya , pembuangan bayi ni seakan bermusim. Mungkinkah bayi-bayi ni , bayi tahun baru???Sama2 kita fikirkan.

Kadang-kadang terfikir jgk, senang sangat kot diorang ni lahirkan anak…Tak rasa susah, jadi senang jer nak buang. Kita ni nak lahirkan sorang pn sakit sehari semalam.Sebab tu lah setiap hari bila tengok anak rasa macam semakin sayang.

Kadang-kadang, masa bersembang dengan kawan-kawan yang belum dapat anak walaupun dah lama kawin, tetap rasa geram pada si pesalah yang buang bayi ni. Macam-macam cara diorang lakukan untuk dapat anak, malah ada yang sanggup berhabisan berpuluh ribu ringgit untuk dapat anak, tapi diorang senang-senang jer buang.

Sudah tiba masanya kita ambil peduli apa yang berlaku di sekeliling kita. Namun pelajaran yang paling baik adalah bermula di rumah. Ibu bapa harus menyayangi anak-anaknya. Anak pula perlu hormati dan patuhi ibu bapa
Jika semua orang ambil berat. Insyallah semua perkara dapat diatasi.

* Jika anda ada sebarang komen, sila postkan di sini. Kita kongsi bersama.

No comments:

jom baca entri ni juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...